PingJe

Monday, May 26, 2014

Tipikal sangat...

Hari pertama... semester pertama... sesi 2014/2015

Perubahan perlu dilakukan supaya mulut-mulut yang suka mengata itu berhenti daripada mengata. Sangat tipikal : tidak tahu sama ada itu adalah hasad dengki manusia atau pun sikap yang suka menyibuk akan hal orang lain.

Saya sudah bersabar buat satu jangka masa yang agak lama. Saya bukan orang yang suka menjaga tepi kain orang... tetapi apa yang saya lakukan - termasuklah perkara positif, akan menjadi buah mulut orang-orang yang masih tidak puas hati dengan saya.


Justeru itu... satu transformasi dilakukan termasuklah dari segi pengayaan busana kerja dan pemakaian tudung - itupun setelah mendapat lampu hijau dari suami :)

Transformasi dilakukan supaya saya lebih berasa yakin terhadap diri sendiri tanpa perlu mengendahkan buah mulut orang. Dan... saya kembali yakin seperti saya yang dulu...
Sangat tipikal : mulut-mulut orang masih berkata-kata... Pedulikanlah!!!

Sangat tipikal : melihat orang lain menukar kereta...
Perkara yang sama berlaku terhadap diri saya: hari pertama sesi ini.

Adik saya (lelaki) baru mendapat anak yang ketiga - isterinya terpaksa dibedah dek komplikasi. Isterinya ingin berpantang di kampung. Oleh kerana MPV saya agak besar berbanding Honda Accord hitamnya... kami bertukar kereta - untuk keselesaan isteri dan 3 anaknya.
Saya memandu kereta tersebut ke tempat kerja... dan seperti biasa... mata-mata dan mulut-mulut orang mula bercerita. Tak tahu lah sama ada baik atau buruk yang diperkatakan mereka. Dan mereka tak tahu pun apa yang berlaku dalam keluarga saya. Yang pastinya sangat tipikal!

***Macamlah saya tak mampu nak pakai Honda Accord kot!!!

Tapi... apa pun yang berlaku di sekeliling saya : sama ada saya dikata atau diumpat... tujuan saya di sini adalah untuk mendidik anak bangsa supaya lebih berketrampilan, berilmu dan berkeyakinan tinggi.

Saya akan tetap dengan cara pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan saya kerana mereka bukan lagi 'budak sekolah menengah'... di mana ada juga segelintir individu yang tidak suka akan pendekatan saya itu.

Alhamdulillah... nawaitu saya tetap sama seperti mana mula-mula saya menjejakkan kaki ke alam pendidikan ini....:)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...