PingJe

Thursday, April 24, 2014

Sekadar Luahan hati...

Agak terlalu lama rasanya tidak menulis... kehidupan seharian yang agak sibuk menghalang aktiviti penulisan di blog. Rindu rasanya ingin menulis kembali.

Kadang-kadang terasa betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan orang lain...tetapi sebenarnya kita ini sentiasa diduga dengan pelbagai ujian dan jika ujian tersebut dapat diatasi dengan iman dan syukur terhadap semua kurniaanNya, kita mampu menjadi hamba yang sentiasa rendah diri dan semakin kukuh iman kita.

Hidup saya diduga dari sehari ke sehari bermula dengan episod kemalangan suami yang tersayang...perpisahan sementara dengan anak-anak...keadaan ekonomi yang semakin meruncing...masalah keluarga yang semacam tiada pengakhiran...masalah di tempat kerja...dikata dan diumpat oleh rakan sekerja...diadili oleh sesetengah anak didik...dan masalah peribadi yang terlalu sukar untuk diselesaikan.



Kalau diikutkan hati - MATI...cuma yang membataskan niat adalah IMAN yang masih menebal. Setakat mana jiwa meraung minta pertolongan, hati cuma mampu meminta tolong kepada Allah Yang Satu. Setakat mana pun air mata mengalir, minda masih lagi berfungsi memuji-muji kebesaran Illahi...hanya berserah kepadaNya sambil merayu mengurangkan beban di hati.

Walaupun seringkali cuba memotivasikan diri supaya sentiasa bergerak ke hadapan, kadangkala terjatuh juga dek emosi yang seringkali gagal untuk dikawal minda yang semakin penat dengan kehidupan seharian. Saya hanya manusia biasa yang perlukan kata-kata semangat dan usaha untuk terus bergerak tanpa memandang ke belakang atau mendengar hinaan dan cacian sesetengah pihak.

Alhamdulillah...masih ada lagi insan yang sanggup menolong saya mengharungi liku-liku hidup yang tidak tahu di mana penghujungnya. Mungkin esok atau lusa...tidak mampu sesiapa pun meramalnya. Saya tetap akan cuba sedaya upaya untuk mengawal minda ini supaya sentiasa berasa tawadhuk, sabar, syukur dan sentiasa berharap agar ada sinar di balik senja yang seringkali mengganggu diri ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada setiap insan yang sering membantu saya supaya kekal di landasan hidup yang betul dan membantu saya bangkit setiap kali saya terjatuh. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa kalian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...