PingJe

Friday, December 20, 2013

Teknik Mengajar Berkesan


Rasa macam nak menjerit sahaja apabila teknik yang saya gunakan dalam kelas dikatakan penyebab pelajar saya tidak ramai yang mendapat A dalam peperiksaan semester matrikulasi yang lalu. Setiap guru ada teknik mereka sendiri dan saya langsung tidak mempersoalkan teknik yang mereka gunakan dalam kelas.

Dikatakan saya melakukan banyak aktiviti yang tidak berfaedah kerana pada pendapat insan tersebut, saya sepatutnya melaksanakan P&P dengan lebih berkesan di dalam kelas. Apa maksudnya tu? = Sepatutnya saya harus banyak buat "Drilling" atau latih tubi. Ini kerana dapat membantu pelajar mendapat A dalam subjek Bahasa Inggeris.

Apabila saya bertanya kepada pelajar-pelajar kesayangan saya... mereka berpendapat kebanyakan aktiviti 'hands-on' yang saya lakukan dalam kelas membantu mereka untuk lebih berasa selesa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium kedua percakapan harian mereka.


Semester pertama sudah berakhir dan kebanyakan pelajar saya yang pada mulanya mempunyai keyakinan diri yang rendah sudah mula menampakkan taring mereka di dalam kelas. Mereka sudah mula berani untuk melangkah lebih jauh lagi.

Baik 'Individual Presentation' atau 'Group Presentation', mereka tidak lagi menundukkan wajah ke lantai. Dengan penuh keyakinan mereka akan membentangkan tugasan mereka. Dan yang paling dibanggakan, hasil kerja yang berkaitan IT dan Multimedia yang sangat baik kualitinya.

Pada saya, memang orang akan memandang Gred yang dicapai seseorang individu itu, tetapi jika pelajar tersebut berasa kekok, malu, tidak selesa, dan kurang berkeyakinan; macam mana mereka nak berdaya saing di peringkat Universiti kelak? Apatah lagi dengan interview yang perlu mereka hadapi untuk sesetengah kursus yang ditawarkan di peringkat ijazah sarjana muda kelak.

Alhamdulillah, sudah nampak hasilnya apabila mereka banyak mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari secara 'hands-on' di dalam kelas mahu pun di luar kelas. Saya inginkan mereka menjadi insan yang serba boleh untuk membantu mereka kelak dalam bidang masing-masing.

Yang paling menggembirakan saya adalah saya dapat membantu dalam transformasi seseorang pelajar itu dari awal semester hinggalah ke akhir semester kedua. Dan yang penting : Pelajar saya seronok di dalam kelas dan kurang stress ketika bersama saya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...