PingJe

Tuesday, November 12, 2013

Pakaian Kakitangan Awam...

Agak terkesima juga saya membaca artikel ini : http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/pakaian-penjawat-awam-mencolok-mata.html

Tetapi pada saya, memang ada segelintir yang suka ber'fesyen' ketika ke pejabat - tak kira lah apa alasan yang diberikan oleh individu tersebut. Cuma memang jubah sekarang ni ada yang terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Bahkan ada seorang ustaz di tempat saya bekerja pernah mengeluarkan kata-kata sedihnya (lebih kurang begini), "Hari Jumaat adalah hari yang Seksi...dan Seksa..."

Memanglah berpakaian itu hak masing-masing, cuma yang menatapnya tidak mempunyai hak untuk memberi komen negatif jika terlalu menarik perhatian. Yang berhak menegur adalah suami / abang / atau muhrim individu tersebut.

Dan lagi satu...bertudung dan ber'fesyen' tetapi masih lagi terdedah... bab ini pun hanya yang layak sahaja boleh menegur. Kalau ditegur, umpama mencari nahas sesama rakan sekerja. Saya bukanlah alim sangat, tetapi ingin menjaga maruah suami, ayah, adik-adik lelaki dan anak lelaki saya.

Saya juga gemar ber'fesyen' dan selalunya saya akan meminta izin suami dahulu terutamanya jika ada majlis-majlis rasmi atau bertema... dan saya juga tidak salahkan kaum wanita kerana fesyen kan merupakan sebahagian perkara yang boleh memberi impak yang sangat besar terutamanya terhadap keyakinan diri mereka sehari-hari.

Terpulanglah kepada kaum wanita untuk membuat penilaian terhadap apa yang mereka pakai...saya pun wanita juga....:)

1 comment:

MIDONZ said...

Manusia sangat sukakan bila menjadi perhatian ramai... ingker deme

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...