PingJe

Sunday, November 10, 2013

Minat orang... lain-lain...

Tiba-tiba terbaca komen seorang pengguna Facebook berkenaan dengan ketaksuban orang Malaysia dengan K-Pop sampai terbawa-bawa dengan bahasa Korea yang digunakan dalam kehidupan mereka seharian.

Pada saya, terpulanglah kepada minat masing-masing kerana itu adalah hak peribadi masing-masing. Dah nama pun media sosial, maka penggunanya berhak meletakkan nama samaran mereka dan tidak perlulah mengeluarkan 'statement' mengutuk mana-mana individu yang berbuat demikian.

Contoh terbaik dengan penggemar cerita Melayu : Love you Mr. Arrogant... mereka akan sentiasa bercerita tentang cerita tersebut walaupun sudah menutup tabir di kaca televisyen. Secara amnya, bukan semua rakyat Malaysia yang tergila-gilakan sangat budaya K-Pop sampai lupa budaya sendiri...

Saya pun minat juga dengan drama-drama Korea, tetapi tidak terlalu taksub sampai semua benda pun nak berwajahkan Korea... saya masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Kalau anak-anak muda yang terikut-ikut dengan budaya K-Pop, ini mungkin disebabkan naluri muda mereka ingin mencuba sesuatu yang asing dan baru. Saya rasa, golongan yang sudah berusia dari mereka mungkin lebih arif dengan aktiviti cuba mencuba ni... mereka juga pernah bergelar anak muda pada suatu masa dahulu.

Sedikit sebanyak saya agak terasa juga dengan komen pengguna FB tersebut namun secara rasionalnya, lantak dia lah nak cakap apa pun sebab... minat orang ni tak sama!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...