PingJe

Thursday, October 31, 2013

Sakit yang tak Nampak...khas buat PENDIDIK


Boleh dikatakan kita akan mengalami stress sama ada di rumah, di tempat kerja, dalam perjalanan ke tempat kerja dan macam-macam lagi jenis perkara yang boleh mengundang stress.

Tetapi yang paling terasa adalah stress di tempat kerja di mana terlalu ramai orang ingin menunjukkan kehebatan diri masing-masing terutamanya di depan majikan. Manakan tidak, kalau di belakang majikan, bukan main hebat si dia berkata-kata, namun jika di depan majikan...pijak semut pun tak mati.

Stress memang ada bahayanya kerana penyakit ini sering melanda wanita yang bekerjaya dan yang sudah berumahtangga. Apatah lagi terpaksa melayan dua institusi yang memang berlainan kepentingannya - keluarga dan di tempat kerja. Berbanding dengan golongan lelaki yang mampu menzahirkan keinginan mereka secara mudah dan tepat.



Kadang-kala menyampah juga dengan golongan yang perasan bagus dan inginkan semua orang mematuhi apa yang dikatanya walau pada dasarnya dia hanya menyalak di tepi bukit sahaja. Prestasi kerja boleh dicapai jika pihak tersebut tidak melaksanakan dasar paksaan terhadap pekerjanya. Namun bebanan tugas yang digalas makin bertambah dan dek kerenah birokrasi, golongan tersebut mudah lupa daratan - mereka pernah berada di bawah dan bukan selamanya di atas.

Perbandingan, pertandingan, caci maki, kutuk mengutuk dan sebagainya adalah asam garam kehidupan, namun pada saya... biarlah ikhlas di sisi Allah S.W.T. Kalau kita bekerja semata-mata atas keredhaan majikan, kita tidak dapat keberkatan atas pekerjaan yang kita lakukan itu.

Kepada senior yang suka membuli junior;
"Anda tidak pernah menjadi junior kah?" 
"Perlukah anda membuli junior yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar supaya menjadi pekerja yang bagus - seperti anda?"

Kepada guru yang berpengalaman;
"Anda tidak pernah menjadi murid sekolah rendah / pelajar sekolah menengah / pelajar universiti kah?" 
"Perlukah anda membiarkan pelajar-pelajar anda terumbang-ambing dilanda arus kemodenan sambil bercekak pinggang sahaja?"

Kepada ibu bapa;
"Anda tidak pernah menjadi anak kah?"
"Perlukah anda membiarkan masa depan anak anda hancur di tangan anda sendiri dek takut akan kata-kata masyarakat setempat?"


Kepada pelajar;
Masa depan anda terletak di tangan anda... bukan di tangan ibu bapa / guru / rakan seusia / sesiapa sahaja di dunia ini. Jika anda gagal untuk merencanakannya, maka anda akan gagal untuk menjadi insan yang berguna. Tetapi jika anda bangkit dan melawan nafsu yang menggila, maka anda akan berjaya dan terus berjaya.

Stress di tempat kerja membuatkan saya tidak betah lagi untuk bekerja sebagai pendidik. Saya makin tidak faham dengan apa yang ingin dicapai oleh pihak tertentu. Tetapi nawaitu saya tetap sama; saya inginkan anak-anak didik saya berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Disebabkan itu saya menanggung beban yang teramat sangat walaupun ditekan berkali-kali oleh pihak tertentu. Dan saya pasti...pendidik yang berdedikasi pasti turut merasakan bebanan mereka yang makin bertambah dari sehari ke sehari. Cuma mereka tetap berpegang dengan janji dan ikrar mereka sebagai pendidik!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...