PingJe

Sunday, October 20, 2013

Jatuh Cinta LAGI

Perkara normal bagi setiap insan itu untuk jatuh cinta kepada insan yang lain. Cuma yang jadi masalahnya jika tidak kena tempat, waktu dan ketika.

Bayangkan kalau ada skandal di tempat kerja? Dah ada suami atau isteri... tetapi masih lagi tercari-cari skandal baru. Hmmm... meletus perang lah jawabnya.

Seeloknya;

Cinta kepada Allah S.W.T lagi indah...

Cinta kepada Rasul lagi didambakan...

Cinta kepada agama membawa keberkatan...

Cinta kepada pasangan hidup membahagiakan jiwa...

Cinta kepada ilmu menjadikan kita sempurna...

Cinta kepada diri sendiri demi mengelakkan perbuatan yang merugikan...

Cinta kepada sahabat mendamaikan...

Cintakan keluarga banyak manfaat...

Hakikat CINTA itu terlalu luas maksudnya. Hanya kita yang dapat mencari CINTA yang sejati jika diizinkan Allah S.W.T.

Jangan terlalu mencintai DUNIA tanpa merenung jauh ke AKHIRAT.

Jangan terlalu mencintai diri sehingga timbul RIAK dan EGO.

Jangan terlalu mencintai WANG sehingga timbul perasaan IRI HATI dan HASAD DENGKI.

Jangan terlalu mencintai NAFSU kerana kelak kamu akan dihimpit kelesuan.

Jangan terlalu mencintai pasangan kerana perlu ada sedikit perasaan curiga; manusia tetap manusia.

Hakikat diri ini: masih lagi belajar mencintai ilmu, diri sendiri, suami, keluarga, Rasul, agama dan yang paling BERKUASA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...