PingJe

Friday, October 25, 2013

Dugaan seorang ibu yang bergelar guru...

"Nama je anak pensyarah...pemadam pun tak mampu beli!"

Apabila anak lelaki saya ditempelak sedemikan rupa hanya kerana pemadam di penselnya sudah tiada dan membuatkan kertas soalannya hampir koyak... saya agak terkilan. Bukan besar sangat kesalahannya... namun kerjaya saya turut menjadi taruhan...

Akibat panas di hati, saya bertanya di forum FB milik sekolah anak saya. Akhirnya guru kelasnya membuat panggilan bertanyakan mengapa saya bertindak sedemikian rupa.



Terus terang saya mengatakan bahawa perasaan terkilan itu hadir kerana sepanjang bergelar guru, saya tidak pernah merendah-rendahkan kerjaya ibu bapa anak-anak didik saya. Jadi, apabila kerjaya saya disebut-sebut dan menunjukkan bahawa saya tidak mampu untuk menyediakan alat tulis anak-anak saya, perasaan terkilan bercampur baur dengan perasaan marah.

Apabila diminta penjelasan...beliau hanya menyatakan perkara-perkara yang sudah lepas mengenai kedegilan anak lelaki saya di dalam kelas. Satu persatu saya jelaskan tentang keadaannya...berjauhan daripada bapanya membuatkan anak saya bertindak untuk menyendiri tanpa ingin berkongsi apa-apa pun dengan saya - perkara yang gembira atau pun yang menyedihkan hatinya. Dia memilih untuk memencilkan dirinya.

Hanya kembarnya yang melaporkan keadaannya di sekolah : bagaimana kotak penselnya dicuri berkali-kali oleh rakan sekelas, sebelah kasutnya dicuri, belakangnya ditendang, dia diejek oleh rakan-rakannya, dimarahi guru kerana kerja sekolahnya tak siap dan yang paling sakit hati..."Nama je anak guru BI, tapi BI tak bagus jugak!!!"

Saya juga seorang guru tetapi saya ini seorang ibu... pastinya saya terkilan kerana setelah menjadi guru kelas selama hampir setahun, takkanlah beliau tidak dapat membaca masalah murid-murid kelasnya yang tidak mencecah 25 orang pun.

Kalau saya boleh mengajar di SMK Seri Garing yang terkenal dengan 'kehebatan' pelajar-pelajarnya selama 5 tahun, apalah sangat dengan SK yang hanya menempatkan 2 buah kelas bagi setiap Tahun : Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Dugaan menjadi guru ni memang tidak tertanggung, tapi saya usahakan agar menjadi seorang guru yang dedikasi dan menjalankan amanah yang saya pegang demi Allah S.W.T. Ganjaran di dunia tu hanya sementara, tetapi saya kejarkan ganjaran lain...insyaAllah, dengan doa anak-anak didik saya.

Jangan mudah melatah membuat perbandingan hanya kerana awak tu terlepas cakap; depan semua pelajar. Maruah saya sedikit tercalar dek keterlanjuran mulut awak tu. Oleh kerana saya profesional, saya tetap meminta maaf walaupun kesalahan itu dimulakan oleh orang lain.

Saya membantu anak orang lain... sedangkan anak saya amat memerlukan bantuan. Tetapi dia tetap tidak mahu menyebutnya sendiri. Dia ingin dimanjakan oleh bapanya berbanding dengan ibunya sendiri. Dugaan itu terlalu besar untuk seorang ibu.


2 comments:

one of your students said...

Sabar yea madam...sye selalu doakan yg terbaek untuk madam and family...sedeyh bce cter nie :(

sophietarmizi said...

dear my beloved student,

tq dear...really appreciate

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...