PingJe

Saturday, August 3, 2013

Untung jadi GURU



Terasa nak menulis berkenaan betapa beruntungnya seorang insan yang bergelar GURU. Bukan nak mendabik dada... tetapi ingin membuka mata dan minda insan-insan lain (di luar sana) yang mungkin suka mencemuh guru tanpa usul periksa.



1. Doa daripada anak murid / anak didik / pelajar (panggillah apa saja gelaran)

2. Keberkatan ilmu yang disampaikan akan dibalas dengan pelbagai  anugerah daripada Allah S.W.T :
    kesihatan, kewangan,kebahagian bersama keluarga, anak-anak yang terasuh minda dan akhlaknya dan
    sebagainya.

3. Perasaan gembira ketika bersama murid / anak didik / pelajar akan menyebabkan stress ketika
    berhadapan dengan pihak pengurusan menjadi sedikit berkurangan.

4. Ada guru yang menjadi kesayangan pelajar : menjadi tempat mengadu, bersembang, bertekak dan
    sebagainya - hubungan 2 hala yang sangat erat dan komunikasi yang sangat bagus.

5. Ada juga yang menjadikan guru sebagai 'role model' dan ingin membuktikan kepada ibu bapa mereka
    bahawa kadang kala pilihan mereka boleh menjadi pilihan yang terbaik (ada ibu bapa memaksa anak-
    anak menjadi apa yang mereka inginkan, bukan berdasarkan kemampuan anak-anak).

6. Dapat berkongsi pengalaman, memberi nasihat berguna dan mendengar keluh resah anak murid / anak
    didik / pelajar dan dapat membantu apa yang patut.


Walaupun ada masanya, guru tidak dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarganya sendiri, tapi kepuasan tetap ada jika sentiasa memberi yang terbaik kepada keluarga sendiri dan juga kepada anak murid / anak didik / pelajar. InsyaAllah....Allah itu Maha Mengetahui niat seseorang individu itu. Tepuk dada, tanyalah niat anda : Untuk apa anda menjadi seorang guru?

Kepada semua GURU-guru saya yang mengajar saya dari sekolah rendah hingga ke universiti, saya tidak mampu untuk membalas kesemua jasa anda...hanya sekalung penghargaan dan doa yang tidak putus dari saya sebagai anak murid anda di mana saja anda berada...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...