PingJe

Friday, August 9, 2013

Rumah Mak atau Rumah Mertua?

Salam lebaran buat semua umat Islam di mana sahaja anda berada. Moga dengan kehadiran Syawal yang dinanti ini akan lebih dirahmati buat kita semua.

Topik biasa sebelum pagi raya : Rumah Mak sendiri atau Rumah Mertua?

Bersama keluarga mertua di pagi 1 Syawal
Mungkin ada di antara kita yang sudah menyediakan jadual giliran pulang berhari raya sementelah pula rumah mak sendiri dan rumah mak mertua terletak jauh antara satu sama lain. Pagi tadi terlihat satu tajuk berita : 3 pasangan muslim bercerai dalam tempoh satu jam di Malaysia...Nauzubillah...janganlah benda tu terjadi dek kedegilan memilih tempat untuk beraya...



1 Syawal merupakan kemenangan besar kepada mereka yang menyelesaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T sepanjang bulan Ramadhan. Jika pasangan suami isteri bergaduh pada malam-malam terakhir sebelum 1 Syawal hanya kerana tidak sependapat, maka tidak gembiralah mereka menyambut 1 Syawal itu. Pergaduhan kecil yang akan menyebabkan mereka bermasam muka dan menarik muncung di pagi Syawal memang akan merosakkan suasana 1 Syawal yang perlu disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.
Di rumah Bonda Mertua bersama adik-adik suami


Si bujang dan Daddy

Sama tak muka kami?

Alhamdulillah...kepada mereka yang tiada masalah pulang berhari raya, sekalung tahniah diucapkan kerana anda memang pasangan yang saling hormat menghormati pasangan anda. Ini kerana, apabila kita sudah berkahwin, maka secara tidak langsung kita akan terikat juga dengan keluarga pasangan kita. Maka besarlah keluarga kita dan makin meriahlah suasana raya yang kita nanti-nantikan sepanjang kita berpuasa di bulan Ramadhan.

Kepada semua rakan-rakan saya, rakan-rakan FB dan blog, anak-anak didik dan ahli keluarga besar saya...Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Hanya doa sebagai iringan walau di mana anda berada : tidak kira lah di rumah Mak sendiri, Mak Mertua atau pun bakal Mak Mertua...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...