PingJe

Monday, August 12, 2013

Opah Long...

Memang seronok beraya bersama keluarga walaupun ada kalanya stres di atas jalan raya. Mana tidaknya, masing-masing mengambil peluang untuk beraya di rumah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Walaupun saya hanya bercuti selama seminggu (sebelum dan sewaktu raya), saya sempat bertandang di rumah Pak Cik dan sepupu di Perak. Suami pun turut berkunjung di rumah teman baiknya di Trolak, Perak.

Rumah Pak Tam di Ipoh
Tujuan saya ke Perak adalah untuk berkunjung ke rumah anak sepupu yang pernah bersekolah di Tanah Merah pada 1995. Sejak 1996, kami tidak lagi bersua muka setelah di pindah ke rumah ibu bapanya di Perak.

Apabila sudah 18 tahun tidak berjumpa, terasa ingin menyambung ikatan persaudaraan walaupun hanya ikatan saudara jauh.

Berjumpa Mak Yong (sepupu) yang pernah bertugas di Tanah Merah (nurse) membuatkan saya terharu. Mengenang susur galur keluarga ayah di Perak menyedarkan saya bahawa saya masih ada saudara mara di Perak.



Mak Yong bercerita
Mak kepada Mak Yong merupakan sepupu ayah saya (Arwah Opah Chah) yang memang baik dengan ayah.

Dan saya sekarang ini mempunyai ramai anak sepupu yang sudah besar panjang dan ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak - maka gelaran baru saya : Opah Long...

Nak tergelak pun ada ketika mendengar gelaran tersebut. Tak mengapa...Opah masih muda...


Adik tidur kepenatan

Tapi yang penting, kita perlu menyusur semula susur galur keluarga agar tidak terputus walaupun generasi yang lebih tua akan meninggalkan kita. Hubungan keluarga perlu dieratkan supaya menjadi satu keluarga besar yang baik dan harmoni.

Kepada Pak Tam Zaini...terima kasih tumpangkan kami sekeluarga bermalam di Ipoh...

Kepada Along (Azlin)...Terima kasih banyak-banyak... tak terbalas jasa mu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...