PingJe

Thursday, July 11, 2013

Tukang KIPAS

Semakin ramai yang mahir dalam bab kipas mengipas ni... bukan apa, senang nak naik pangkat, naik gaji, baik dengan bos dan sebagainya. Tapi...siapa sebenarnya Tukang KIPAS ni?

Boleh dikatakan Tukang Kipas ini wujud sejak dari zaman jahiliah lagi...sampailah sekarang. Cuma yang bezanya zaman sekarang ni lebih dahsyat dan yang menjadi mangsanya adalah mereka yang bekerja dengan jujur dan amanah tanpa perlu memuji-muji bos atau terlebih mengipas bos.

Semua orang tahu bahawa ada bos yang suka dikipas dan hanya ada sebilangan kecil sahaja yang bekerja secara jujur, amanah dan telus. Sejauh mana kelebihan mengipas bos ini, hanya mereka si Tukang Kipas yang maha mengetahuinya.

Pada pendapat saya, seorang pekerja yang baik adalah yang boleh menerima arahan, melaksanakan tugas dan sentiasa peka dengan keadaan sekitarnya (jujur dan amanah itu adalah pasti). Jika kita bekerja bagai nak rak pun, kalau kita tidak mengipas bos lebih-lebih, kita masih lagi beruntung kerana masih dibayar gaji. Kita perlu sentiasa pasang niat "BEKERJA KERANA ALLAH S.W.T.

Kalau niat pun dah terpesong, bayangkanlah macam mana hasil kerja kita nanti - baik di mata dunia tetapi tidak mendapat ganjaran sepenuhnya daripada Allah S.W.T.

Memang betul "Saya yang menurut perintah" tapi perintah siapa sebenarnya yang kita perlu ikuti? Memang betul kita akan dibayar gaji, tapi bernilaikah gaji kita kalau kita asyik mengampu dan mengipas (tak kira lagi yang jenis tikam belakang).

InsyaAllah...saya akan sentiasa pegang prinsip : Tidak perlu mengipas orang lain hanya dek keduniaan semata-mata. Yang saya perlukan adalah nikmat yang Allah S.W.T kurniakan setelah saya ikhlas bekerja untuk membantu suami tercinta dalam mengharungi suka duka kehidupan berumahtangga. Anda bagaimana?


4 comments:

MIDONZ said...

Sememangnya manusia tidak pernah puas dengan apa yg ada

aswadz said...

selalu jumpa kaki kipas nih.

sophietarmizi said...

mmg ramai tukang kipas yg nak cepat naik namanya....huhuhu

Hana said...

Salam. Sy suka baca post2 puan..
banyak values..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...