PingJe

Monday, July 8, 2013

Suami Oh Isteri



Apa yang ISTERI inginkan?

1. Tempat mengadu : tidak perlu teman bertengkar, tetapi teman mendengar. Yang memahami penat lelah
    isteri yang seharian bekerja / menjaga rumah tangga.

2. Kata-kata pujian : tidak perlu hadiah mahal, tetapi cukuplah pujian ikhlas. Tapi kalau nak bagi hadiah
    tu...nyiru kami tadahkan...

3. Teguran membina : bukannya ditengking atau dibidas tanpa hemah. Kami ni insan yang memerlukan
    teguran yang positif untuk menjadi isteri yang lebih baik dari sebelumnya.

4. Kasih sayang : tunjukkanlah dengan perbuatan / kata-kata kerana ia boleh membakar semangat untuk
    melangkah jauh ke hadapan.

5. Bantuan di rumah : di dapur, bersama anak-anak dan melakukan kegiatan riadah bersama-sama.

6. Suami yang menjaga kesihatan demi keluarganya.


Apa yang SUAMI inginkan:

1. Isteri yang tidak meminta-minta di luar kemampuan.

2. Isteri yang memahami kepenatan beliau seharian di tempat kerja.

3. Belaian dan perbuatan manja dari seorang isteri.

4. SENYUMAN manis di muka pintu menyambut kepulangannya.

5. Segala keperluannya dijaga dengan sempurna.

6. Isteri yang sedap mata memandang dan berbau harum.

PUNCA-punca PENCERAIAN:

1. KOMUNIKASI kurang berkesan.

2. Suami ada "Cawangan" lain / Isteri ada kekasih lain

3. Isteri / suami yang tidak menjaga penampilan diri.

4. Penderaan emosi / fizikal

5. Nafkah yang tidak mencukupi

6. Tidak mampu memenuhi permintaan Isteri (barangan mewah / pelbagai perkara lain)

7. Campur tangan keluarga.

8. Pergaduhan kecil / besar : EGO

9. Tidak Matang : kurang mahir membuat keputusan.

10. Menyalahkan pihak yang lain tanpa menilai kelemahan / kekuatan DIRI SENDIRI.

***kadang-kadang sedih membaca kes-kes penceraian yang melibatkan sebab yang tidak munasabah. Anak-anak kecil menjadi mangsa penceraian sebegini. Apa akan jadi dengan nasib anak-anak malang ini? Hanya Allah yang mampu menjaga mereka...

***Info di atas adalah hasil pemantauan TIDAK RASMI....dan juga melalui PEMBACAAN saya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...