PingJe

Tuesday, July 30, 2013

Iftar 2013

27 Julai 2013... Seramai 5 orang bekas pelajar KMTPh bertamu di rumah emak saya di Sg Besi. Kedatangan Hanif K, Hanif Suhaimi, Hasif, Halim, Izwan dan rakan mereka Ishak disambut dengan Nasi Minyak (air tangan emak tersayang)... walaupun terlewat sedikit.

Majlis iftar secara sederhana tetapi sangat mengembirakan hati saya kerana mereka sudi hadir walaupun secara tidak dirancang sepenuhnya. Usai berbuka, mereka bersolat Maghrib dahulu sebelum menyambung perbualan...



September nanti mereka akan ke pusat pengajian masing-masing untuk menyambung Degree dalam bidang yang dipilih...semoga perjalanan mereka diberkati Allah S.W.T dan moga membuahkan hasil untuk agama, keluarga dan negara...InsyaAllah.



Kelas M1P9 (pelajar kejuruteraan Mekanikal) bertandang ke kediaman saya (di Jengka) untuk Majlis Iftar pada 29 Julai 2013. Mereka sanggup mengumpul 'dana iftar' untuk membeli barang keperluan majlis ini. :)

Kepenatan memasak tidak lah terasa sangat dek keseronokan melihat telatah mereka menjamu selera beramai-ramai. Kehadiran mereka seramai 14 pelajar (10 lelaki dan 4 perempuan) membuatkan suasana iftar menjadi riuh rendah dan mereka berhenti seketika untuk solat Maghrib berjamaah.

Seronok sangat apabila semua makanan yang disediakan dinikmati bersama sambil berbual-bual di ruang tamu. Kembar saya pun sangat seronok dengan kehadiran abang-abang dan kakak-kakak 'Baru' mereka...













 Yang paling saya suka mengenai hubungan baik saya dengan pelajar (walaupun ada pihak yang tidak suka) adalah saya dapat membantu mereka dari segi pelajaran, emosi, mental dan rohani. Ilmu yang saya peroleh sejak di bangku sekolah akan terus saya sampaikan kepada anak-anak didik saya supaya pahala dapat dihadiahkan kepada GURU-guru saya yang terdahulu.

Itulah yang kasih sayang Guru terhadap anak-anak didik mereka...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...