PingJe

Thursday, July 18, 2013

Ego vs Rendah Diri


Kehidupan bekerjaya kadang kala membuatkan kita terpaksa melayan pelbagai jenis kerenah manusia - baik yang baik atau pun sebaliknya. Ada masanya jiwa kita akan tertekan apabila berhadapan dengan manusia yang mempunyai EGO yang terlalu tinggi dan tidak suka untuk mengalah.

Emak selalu berpesan : "Kata-kata kita akan diingat orang sampai mati"

Betul cakap emak tu... apa saja perbuatan baik yang kita lakukan akan ditenggelami dengan kata-kata yang mungkin diluahkan secara tidak sengaja dalam keadaan marah atau naik angin. Cuma ada segelintir manusia yang berasa bahawa dirinya sahaja yang betul dalam apa jua keadaan dan orang lain tidak berhak / layak menepis hujah-hujahnya dalam satu-satu keadaan. Manusia sebegini merupakan manusia yang sangat tinggi EGO nya berbanding sifat RENDAH DIRI yang sering diunjurkan dalam Islam.



Pada saya... orang yang EGO nya tinggi tidak wujud di depan mata saya. Saya akan buatkan dia hilang terus dari ingatan, minda, emosi, peribadi dan secara peribadinya dia memang sudah tidak wujud di dalam kamus hidup saya. TAPI... itu akan dibuat selepas saya merendahkan EGO saya untuk meminta maaf (sama ada kesalahan itu milik saya atau orang tersebut) kerana tiada salahnya meminta maaf dengan ikhlas.

Memutuskan tali silaturrahim memang tidak elok...tetapi saya tidak mahu membebankan otak saya dengan melayan kerenah orang yang tinggi egonya yang tak bertempat.

Sudah terlalu lama rasanya berkecimpung dalam bidang pendidikan dan rasanya sudah masak dengan manusia yang sangat mementingkan EGO daripada bersikap RENDAH DIRI.

Dan sebenarnya kita masih boleh perbaiki diri kita sendiri dengan syarat : Kita tahu di mana silapnya dan kita ingin mengubah perwatakan diri kita itu. Kita sebenarnya mencerminkan peribadi di khalayak ramai. Tidak salah jika mempunyai pendapat sendiri dan tidak salah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati...tetapi gunakanlah kaedah yang betul tanpa perlu menyinggung perasaan orang lain.

RENDAH DIRI bukan bermakna kita perlu membiarkan orang lain memijak kepala kita dan mempunyai EGO juga tidak bermakna kita boleh bercakap ikut sedap mulut tetapi akan berasa kecil hati jika ada orang yang membantah / tidak bersetuju dengan pendapat kita.


***Sekadar menyuarakan pendapat sahaja... Tidak bersetuju? Anda tanyalah EGO atau sifat RENDAH DIRI anda tu....:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...