PingJe

Thursday, July 4, 2013

Bola Jaring

Hampir tiga tahun tidak melatih pemain bola jaring. Kali terakhir ketika di SMK Seri Garing bersama Kak Zainun dan segala ilmu yang dipelajari daripada beliau masih lagi kekal di ingatan.




Tahun ini... mencuba nasib menggilap bakat-bakat baru di KMTPh... KAKOM bakal menjelma dan kami perlu berusaha keras mengekalkan stamina yang lama diperap (ada yang sudah lama tidak bermain) dan mereka perlu menyusun strategi supaya tidak mudah keletihan di padang.

Pertandingan yang dijadualkan September nanti akan berlangsung di Gopeng, Perak. Setakat ini, semua peman yang dipilih sudah menunjukkan keserasian ketika berada di padang. Cuma mereka masih lagi tercari-cari bentuk permainan yang sesuai dengan ketahanan mental dan fizikal mereka.

Kenangan di SEGAR masih lagi terasa tatkala melatih pemain-pemain di KMTPh...masih lagi terbayang suasana ceria di padang atau pun ketika di perlawanan peringkat daerah. Apa yang pasti...anak-anak didik saya sudah pun meningkat dewasa dan ada yang bakal menamatkan pengajian mereka di Universiti...begitu cepat masa berlalu tanpa saya sedari dek keseronokan menjadi guru /jurulatih di sekolah.

Bagi saya...padang merupakan satu tempat yang sesuai untuk melepaskan apa jua bentuk tekanan yang saya hadapi. Melalui sukan, saya boleh melepaskan segala beban yang saya galas sebagai warga pendidik / staf kerajaan. Jika anda menanggung beban berlebihan...apa kata lepaskannya di padang atau di taman bunga? Stress boleh dikurangkan dan minda akan lebih terbuka...

Anda? Bagaimana?

RINDU....









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...