PingJe

Tuesday, July 23, 2013

Berkatkah Gaji Kita?


Berkatkah gaji / hasil pendapatan kita? Soalan itu memang biasa ditanya... sama ada oleh majikan kita atau pun kita sendiri. Yang pentingnya, kita tahu ke mana hala tuju hidup kita.

Cuma... ada segelintir manusia memang kurang menilai keberkatan hasil pendapatan mereka, mungkin dek kelalaian atau pun sengaja tidak mahu ambil kisah akan hal ini.

Cuba tanyakan diri anda soalan-soalan ini:


1.  Apakah tujuan utama aku bekerja?

2. Untuk siapakah aku bekerja?

3. Apakah yang sudah aku buat untuk hari ini?

4. Cukupkah tenaga yang aku curahkan pada hari ini?

5. Padankah tenaga dengan gaji untuk sehari?

6. Perasaan siapakah yang telah aku sakiti pada hari ini?

7. Hati siapakah yang telah aku gembirakan pada hari ini?

8. Berapa lamakah aku berehat pada hari ini?

9. Berapa lamakah aku meninggalkan tugas aku pada hari ini?

10. Apa yang aku buat sehingga masa dirasakan tidak cukup?

***Bersyukurkah aku untuk semua nikmat yang Allah S.W.T berikan selama ini?

Alhamdulillah... jika soalan-soalan ini sering berlegar di fikiran anda sewaktu bekerja, maka anda akan terus membuat yang terbaik demi masa depan anda dan keluarga. Gaji yang berkat akan menampakkan hasilnya dalam pelbagai bentuk kurniaan daripada Allah S.W.T : kesihatan tubuh badan, kesihatan keluarga, kejayaan anda dan keluarga, nikmat di dunia mahu pun di akhirat.

Saya akan cuba menjadi pekerja yang bekerja sehabis baik (walaupun selalu diganggu stress / masalah) dan insyaAllah...sedaya upaya ingin merasa keberkatan hasil pendapatan saya sendiri.

Anda bagaimana?

***Ini adalah hasil pembacaan saya...mohon maaf jika ada yang terasa...:)
   

2 comments:

izan mama mia said...

mg berkatlah hendaknya

sophietarmizi said...

kak izan...insyaAllah...itu yg diharapkan..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...