PingJe

Tuesday, July 30, 2013

Iftar 2013

27 Julai 2013... Seramai 5 orang bekas pelajar KMTPh bertamu di rumah emak saya di Sg Besi. Kedatangan Hanif K, Hanif Suhaimi, Hasif, Halim, Izwan dan rakan mereka Ishak disambut dengan Nasi Minyak (air tangan emak tersayang)... walaupun terlewat sedikit.

Majlis iftar secara sederhana tetapi sangat mengembirakan hati saya kerana mereka sudi hadir walaupun secara tidak dirancang sepenuhnya. Usai berbuka, mereka bersolat Maghrib dahulu sebelum menyambung perbualan...



September nanti mereka akan ke pusat pengajian masing-masing untuk menyambung Degree dalam bidang yang dipilih...semoga perjalanan mereka diberkati Allah S.W.T dan moga membuahkan hasil untuk agama, keluarga dan negara...InsyaAllah.

Wednesday, July 24, 2013

Ilmu untuk semua...

Saya ada terjumpa sebuah artikel yang sangat menarik. Harap anda dapat membacanya dan mengambil iktibar daripada artikel ini...

Tajuk : Mengapa tidak terus minum daripada kendinya?

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/07/mengapa-tidak-terus-minum-daripada.html?showComment=1374634228807#c2590431475665077593

Sumber: http://nazrulnasir.blogspot.com/2011/01/mengapa-tidak-terus-minum-daripada.html

Tuesday, July 23, 2013

Berkatkah Gaji Kita?


Berkatkah gaji / hasil pendapatan kita? Soalan itu memang biasa ditanya... sama ada oleh majikan kita atau pun kita sendiri. Yang pentingnya, kita tahu ke mana hala tuju hidup kita.

Cuma... ada segelintir manusia memang kurang menilai keberkatan hasil pendapatan mereka, mungkin dek kelalaian atau pun sengaja tidak mahu ambil kisah akan hal ini.

Cuba tanyakan diri anda soalan-soalan ini:

Monday, July 22, 2013

The Lone Ranger

2013
Original series














Having anticipated in the movie... I felt it is necessary to watch The Lone Ranger (I am a fan of Johnny Depp). I was really excited to watch it with my husband and my three kids.

The story itself is a remake from the original one - http://en.wikipedia.org/wiki/Lone_Ranger

And basically...both movies are quite similar in term of plot and characters but of course, a change or two were made to make the new one interesting.

In my point of view... the story was quite boring because the action was towards the end - not as I expected it would be. I yawned couple of times and my husband felt sleepy watching the movie. It was until The Lone Ranger started to avenge his brother's death...the action has finally taken its place.

Although I admire Depp's works, but this one wouldn't get my attention at all because the storyline doesn't really show his talent...

Again...this is my own opinion. I'm not a hard core fan, but I've watch most of his works - since 21 Jump Street and honestly this one is not my favourite....:(




Sunday, July 21, 2013

Sos lada hitam...

Ni resepi  saya sendiri....Cubalah...

2 Biji Bawang Holland (yang warna kuning tu)
1 biji cili masak hijau
2 ulas bawang putih
*** hiriskan dan asingkan

1/2 batang lobak merah : potong dadu
2 sudu besar lada hitam (serbuk kasar / halus)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung gandum
1 cwn air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
4 tangkai daun sup : potong halus.


Cara-cara:

1. Masukkan 2 sudu besar butter / majerin sebagai bahan untuk menumis (jangan guna minyak)
2. Apabila sudah panas, tumis bawang holland sampai lembut.
3. Masukkan cili dan bawang putih. Tumis lagi.
4. Bubuh lobak merah dan biar lobak merah lembut sedikit. Boleh bubuh air dalam 3 sudu untuk bantu lobak     merah dilembutkan.
5. Bubuh sos tiram dan kacau sebati.
6. Tambah air, lada hitam dan tepung. Kacau sehingga tepung sebati dengan bancuhan. Kalau nampak
     pekat, tambah air sedikit.
7. Bubuh garam dan gula. Boleh ikut citarasa masing-masing.
8. Matikan api, tambah dauh sup.

***masukkan bahan yang baru siap dimasak ke dalam Blender / Food Processor. Kisar halus dan nikmati sos lada hitam anda.....

***oleh kerana ada lobak merah, rasanya agak lain sedikit daripada sos biasa dan rasa Crunchy dari lobak merah memang sedap.

Selamat mencuba.

Friday, July 19, 2013

Penat Berpuasa?

Hari ini terbaca satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi bersama...

http://www.harian-metro-online.com/kolo-toure-saya-selalu-berpuasa-penuh-setiap-tahun

Kolo Toure: “Saya selalu berpuasa penuh setiap tahun”

Posted on the July 16th, 2013 under Agama,Sukan by admin

Tahun ini Kolo Toure genap berusia 32 tahun. Lebih dari sepuluh tahun dia bermain bola di England. Mula terkenal di Arsenal, dia kemudiannya dibeli oleh Manchester City dengan harga yang tinggi. Tahun ini kontrak Toure bersama City tamat dan kini dia pancing oleh Liverpool.
Toure, berasal Ivory Coast merupakan salah seorang pemain bola sepak Muslim di Liga Perdana. Berbanding dengan liga lain, liga EPL jauh lebih keras dengan corak permainan kick and rush yang memerlukan tahap fizikal yang baik. Bagaimana Toure menyingkapi puasanya di bulan Ramadan semasa persiapan musim depan? Berikut petikan wawancaranya:

Thursday, July 18, 2013

Ego vs Rendah Diri


Kehidupan bekerjaya kadang kala membuatkan kita terpaksa melayan pelbagai jenis kerenah manusia - baik yang baik atau pun sebaliknya. Ada masanya jiwa kita akan tertekan apabila berhadapan dengan manusia yang mempunyai EGO yang terlalu tinggi dan tidak suka untuk mengalah.

Emak selalu berpesan : "Kata-kata kita akan diingat orang sampai mati"

Betul cakap emak tu... apa saja perbuatan baik yang kita lakukan akan ditenggelami dengan kata-kata yang mungkin diluahkan secara tidak sengaja dalam keadaan marah atau naik angin. Cuma ada segelintir manusia yang berasa bahawa dirinya sahaja yang betul dalam apa jua keadaan dan orang lain tidak berhak / layak menepis hujah-hujahnya dalam satu-satu keadaan. Manusia sebegini merupakan manusia yang sangat tinggi EGO nya berbanding sifat RENDAH DIRI yang sering diunjurkan dalam Islam.

Wednesday, July 17, 2013

Kenangan Bulan Puasa

Dulu-dulu... mak masak apa pun sedap. Terus makan dan tak banyak komplen. Waktu bulan puasa lah yang paling dinanti sebab ada saja upah kalau rajin basuh pinggan kat dapur.

Solat tarawih kat surau Kg. Selamat dengan kawan-kawan memang menyeronokkan. Ditambah pula dengan hidangan moreh yang memang ditunggu-tunggu...selesai solat dan menjamu selera, lekas-lekas berjalan pulang. Tak pula terasa takut dengan sesiapa pun ketika itu, maklumlah...kes culik / samun / rogol / bunuh tidak berleluasa ketika itu...

Sekarang ni... sejak dah ada anak 3 (macam ramai sangat kan...), rasa macam tak sempat nak buat macam-macam. Rasanya dah terlalu lama tak menjengah surau / masjid untuk solat tarawih. Rindu pula dengan suasana ketika zaman anak dara dulu-dulu...

Kalau dulu masa mengajar di sekolah, memang ada masa tambahan nak menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Tapi, sejak duduk di Jengka ni... masa balik dah sama macam orang kerja pejabat. Kelam kabut mengambil si kecik dari rumah pengasuh dan bergegas pulang untuk memasak.

Saya memang suka memasak... jarang beli di luar - air tangan ibu kan lagi berkat. :)

TAPI.... anak-anak memang suka mengatur makan ketika di bulan puasa dan sangat MENGUJI KESABARAN saya yang memang agak panas baran ni... Walaupun ada saja masakan saya dikomen dan dibanding dengan masakan nenek mereka... tapi habis juga akhirnya...

Cuma... sangat berbeza sifat anak-anak zaman sekarang berbanding zaman saya seusia mereka - tidak banyak kerenah / cakap. Rezeki depan mata; itulah yang akan dinikmati bersama. Mungkin generasi mereka ni lebih berani sedikit... ada baiknya dan ada juga kelemahannya. Yang penting... bagaimana acuannya, begitulah rupa kuihnya. Harap-harap mereka tak banyak songeh kat sekolah, sudahlah....

Sangat rindu dengan zaman kanak-kanak di Kg. Selamat...terbayang-bayang laluan ke sekolah, ke surau, ke kedai, ke rumah kawan-kawan...huhuhuhu


Thursday, July 11, 2013

Tukang KIPAS

Semakin ramai yang mahir dalam bab kipas mengipas ni... bukan apa, senang nak naik pangkat, naik gaji, baik dengan bos dan sebagainya. Tapi...siapa sebenarnya Tukang KIPAS ni?

Boleh dikatakan Tukang Kipas ini wujud sejak dari zaman jahiliah lagi...sampailah sekarang. Cuma yang bezanya zaman sekarang ni lebih dahsyat dan yang menjadi mangsanya adalah mereka yang bekerja dengan jujur dan amanah tanpa perlu memuji-muji bos atau terlebih mengipas bos.

Semua orang tahu bahawa ada bos yang suka dikipas dan hanya ada sebilangan kecil sahaja yang bekerja secara jujur, amanah dan telus. Sejauh mana kelebihan mengipas bos ini, hanya mereka si Tukang Kipas yang maha mengetahuinya.

Pada pendapat saya, seorang pekerja yang baik adalah yang boleh menerima arahan, melaksanakan tugas dan sentiasa peka dengan keadaan sekitarnya (jujur dan amanah itu adalah pasti). Jika kita bekerja bagai nak rak pun, kalau kita tidak mengipas bos lebih-lebih, kita masih lagi beruntung kerana masih dibayar gaji. Kita perlu sentiasa pasang niat "BEKERJA KERANA ALLAH S.W.T.

Kalau niat pun dah terpesong, bayangkanlah macam mana hasil kerja kita nanti - baik di mata dunia tetapi tidak mendapat ganjaran sepenuhnya daripada Allah S.W.T.

Memang betul "Saya yang menurut perintah" tapi perintah siapa sebenarnya yang kita perlu ikuti? Memang betul kita akan dibayar gaji, tapi bernilaikah gaji kita kalau kita asyik mengampu dan mengipas (tak kira lagi yang jenis tikam belakang).

InsyaAllah...saya akan sentiasa pegang prinsip : Tidak perlu mengipas orang lain hanya dek keduniaan semata-mata. Yang saya perlukan adalah nikmat yang Allah S.W.T kurniakan setelah saya ikhlas bekerja untuk membantu suami tercinta dalam mengharungi suka duka kehidupan berumahtangga. Anda bagaimana?


Monday, July 8, 2013

Suami Oh Isteri



Apa yang ISTERI inginkan?

1. Tempat mengadu : tidak perlu teman bertengkar, tetapi teman mendengar. Yang memahami penat lelah
    isteri yang seharian bekerja / menjaga rumah tangga.

2. Kata-kata pujian : tidak perlu hadiah mahal, tetapi cukuplah pujian ikhlas. Tapi kalau nak bagi hadiah
    tu...nyiru kami tadahkan...

3. Teguran membina : bukannya ditengking atau dibidas tanpa hemah. Kami ni insan yang memerlukan
    teguran yang positif untuk menjadi isteri yang lebih baik dari sebelumnya.

4. Kasih sayang : tunjukkanlah dengan perbuatan / kata-kata kerana ia boleh membakar semangat untuk
    melangkah jauh ke hadapan.

5. Bantuan di rumah : di dapur, bersama anak-anak dan melakukan kegiatan riadah bersama-sama.

6. Suami yang menjaga kesihatan demi keluarganya.

Thursday, July 4, 2013

Bola Jaring

Hampir tiga tahun tidak melatih pemain bola jaring. Kali terakhir ketika di SMK Seri Garing bersama Kak Zainun dan segala ilmu yang dipelajari daripada beliau masih lagi kekal di ingatan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...