PingJe

Wednesday, June 5, 2013

Loyar la sangat....buruk pulak tu....


Sangat biasa bagi seorang guru jika terdapat pelajar yang suka buat lawak 'bodo' dan loyar buruk dalam kelas. Saya tak kisah sangat kalau pelajar tu guna ayat yang elok atau bahasa mudahnya : ayat bertapis.

Tapi kalau saya yang sangat 'open-minded' ni boleh sentap dengan seorang pelajar ni, nampak sangat lah lawak nya tak menjadi. Rasa macam nak marah waktu tu juga... tapi dek kerana saya seorang yang 'profesional' la sangat....:)    saya terus ubah topik dan pelajar tu terdiam sejenak dan tidak menyambung ayat seterusnya.

Saya rasa memang kita dah biasa dengan keadaan sebegini, dan pada saya... tidak guna kita mudah melenting ketika berhadapan dengan orang sebegini. Yang penting, kita tahu bagaimana nak membuatkan dia terdiam dan malu sendiri tanpa perlu menggunakan kata-kata kesat atau cacian. Jangan nanti kita ni sama taraf dengan orang sedemikian.

Lawak biar berpada-pada. Hati manusia ni sangat rapuh dan sensitif. Jangan nanti pula jadi pelajar yang menyebabkan hati guru terguris dan ilmu yang disampaikan guru tidak berkat.


2 comments:

Noor Husna said...

student batch baru ke teacher?

sophietarmizi said...

Noor Husna :

hmmm....begitu ler nampaknya...huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...