PingJe

Wednesday, June 12, 2013

Cerai Susu : Bhgn 2

Setelah hampir 2 minggu saya berjauhan dengan si kecik, dia dihantar pulang oleh atuk dan neneknya. Memang ketara perbezaannya bila dia memandang saya dengan perasaan sayu... dia seakan mengerti yang Mummy memang tak nak menyusukannya lagi...

Tapi... sebaik saja malam menjelang, dia masih meminta lagi. Tangisan mendayu-dayu membuatkan saya sebak dan sedih. Dek kerana keinginan dia yang sangat tinggi, saya mungkin akan menyusukannya kembali, tetapi mujurlah tekad saya sangat kuat.

Kalaulah saya tidak tahan sabar mendengar tangisan adik, mungkin saya masih lagi menyusukannya lagi sedangkan pada hakikatnya susu saya sudah mula berkurangan dan tidak mampu menampung kehendak perut si kecik.

Alhamdulillah, dia sudah mula faham dan jika dia terjaga sebelum subuh, dengan segera saya membancuh susu formula untuk memastikan perutnya kenyang.

Naluri seorang ibu mudah terganggu jika mendengar tangisan dan desakan anak, namun ibu itu harus tahu bahawa ada masanya dia perlu berpegang teguh dengan tekad dan usaha dalam melakukan sesuatu  - demi kebaikan si anak.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...