PingJe

Thursday, May 2, 2013

Spaghetti Sempoi

100 g spagheti (nak lebih pun boleh)
- direbus dalam air menggelegak (bubuh garam secukupnya dalam air tu)
- ditoskan airnya bila sudah agak lembut (jangan bilas dengan air paip!)

Dalam kuali :

1. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun
2. Tumiskan 1 biji bawang merah dan 1 ulas bawang putih.
3. Kalau nak pedas : bubuh sedikit cili flakes / serbuk cili / 1 biji cili padi dipotong kecil
4. Masukkan Spaghetti tadi dan kacau rata. (bubuh sedikit lagi minyak zaitun jika kering)
5. Garam secukup rasa.
6. Bubuh lada hitam dan daun selasih kering (Basil) dan kacau rata.

***Siap untuk dihidang. Boleh letak daun sup yang dipotong halus....

***Kalau suka ayam / daging : hancurkan ayam / daging dan tumis pada peringkat awal.

Selamat mencuba....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...