PingJe

Tuesday, May 14, 2013

Saya sayang anak saya....

Mungkin keturunan atau mungkin pemakanan...tetapi yang pastinya berat badan Absarina Uzma makin naik dan dia rasa agak kecil hati kalau Abang atau kawan-kawannya mengejek bentuk badannya yang semakin gebu...

Dia sering mengeluh kepenatan dan sakit kaki...kaki terpaksa menampung berat badannya. Saya kasihan melihatnya jika ingin bangun atau berlari...
Pernah dia berlari ke muka pintu tetapi terjatuh akibat hilang imbangan berat badannya.

INFO:
Umur :       9 tahun
Tinggi:        142 cm
BERAT:      45 kg
BMI    :       22.2 (overweight)
sepatutnya:   13.8 - 19.2



Kawan sepejabat mengesyorkan Herbalife Nutritious Mixed Soy Powder / Herbalife Shake.

Alhamdulillah...setelah 3 minggu meminumnya menggantikan sarapan pagi (walaupun dia bising akan rasanya yang kurang enak - bagi dia lah kan....) dia kini telah hilang 1 kg dan ukur lilit perut serta pinggulnya dah berkurangan. Hilang sikit pipi gebunya....

Mungkin pengurangan itu agak kecil, tapi saya berpuas hati dengan semangat dia : manakan tidak, dia memang pantang nampak makanan yang sedap-sedap. Sejak pengambilan Shake tersebut, dia berusaha keras untuk mengikut jadual pemakanan yang saya sediakan setiap hari - sarapan hingga makan malam.

Dan yang paling penting : NASI bukan lah makanan ruji kami sekeluarga untuk makan malam. Saya gantikan dengan makanan lain yang mengenyangkan dan tidak makan malam selepas jam 8.00 malam.

Biarlah apa orang nak kata...yang penting : Saya SAYANG ANAK saya...saya sayang jantung dia...saya nak dia hidup lama.

Hidup bukan untuk MAKAN...tetapi biarlah makan sederhana asalkan cukup nutrisinya.

Dan yang paling penting sekali : SOKONGAN kami sekeluarga untuk membentuk keluarga yang sihat tubuh badan agar dapat melakukan aktiviti seharian tanpa merasa sesak nafas....:)

***Banyak jadual pemakanan yang sesuai untuk satu keluarga, tetapi ramai yang masih belum mengamalkan pemakanan yang sihat dek rutin seharian yang sibuk. Bukan susah nak tukar rutin sebenarnya : TEPUK DADA, TANYA SELERA makan anda.

Anda hanya boleh berubah jika ANDA YANG BERUBAH.....Sayangi jantung anda, anda nak pakai lama jantung tu.....






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...