PingJe

Thursday, May 16, 2013

Lemon Yogurt Tart

Kulit Tart:

170g unsalted butter (ambil dari peti ais , potong kiub.
50g gula icing
290g tepung gandum
***masuk dalam mixer / food processor : pulse sampai jadi crumbs.

Lepas tu masukkan 1 sudu teh esen vanila dan sebiji telur (dikacau terlebih dahulu)
***pulse lagi sehingga jadi doh

- adunan ni lembut dan tak payah masuk dalam peti ais.
- boleh terus dibentuk
- boleh guna shell besar atau kecil
- bentukkan mengikut acuan besar / kecil : dan cucuk dengan garfu

*** acuan kecil : 180'C - 20 minit hingga masak (kekuningan)
*** acuan besar : 180'C - 30 hingga masak (kekuningan)

Filling:

250ml susu low fat : panaskan atas dapur. Tidak perlu mendidih.

140g yogurt kosong (1 bekas yogurt yg kecil)
90g gula halus
1 biji kuning telur
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
***kacau sebati dalam mangkuk.
- kemudian ambil susu tadi, tuang sedikit sedikit dalam bancuhan.
- kacau rata dan bubuh balik dalam periuk tadi.
- tambah 15g unsalted butter
- kacau sampai sebati.

***tutup api dan tuangkan dalam shell tart yang sejuk tadi.
- bakar balik 25 minit.
- jangan risau jika gelembung udara kat dalam filling tu.
- keluarkan tart dan sejukkan.
- hias dgn buah atau jem.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...