PingJe

Tuesday, May 14, 2013

Lemon Cheese Tart

Kulit Tart:

170g unsalted butter (ambil dari peti ais , potong kiub.
50g gula icing
290g tepung gandum
***masuk dalam mixer / food processor : pulse sampai jadi crumbs.

Lepas tu masukkan 1 sudu teh esen vanila dan sebiji telur (dikacau terlebih dahulu)
***pulse lagi sehingga jadi doh

- adunan ni lembut dan tak payah masuk dalam peti ais.
- boleh terus dibentuk
- boleh guna shell besar atau kecil
- bentukkan mengikut acuan besar / kecil : dan cucuk dengan garfu

*** acuan kecil : 180'C - 20 minit hingga masak (kekuningan)
*** acuan besar : 180'C - 30 hingga masak (kekuningan)

- biarkan sejuk sebelum filling.
*** boleh letak macam2 jenis filling



Filling 1:
Cream cheese
250g cream cheese
50g gula icing
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
***mix sampai likat

- bubuh jem buah-buahan dalam kulit tart
- sudukan cream cheese dan tutup jem buah tadi
- bakar 5 minit saja.
- sejukkan dan masukkan dalam peti ais

Filling 3:
Lemon Cheese
***2 biji telur kuning diletakkan dalam mangkuk dan buat double boiler
      kacau telur tu sampai likat (tapi jgn sampai jadi telur hancur)
200g cream cheese
1/2 tin susu pekat (ikut manis kesukaan anda)
1/3 cawan jus lemon
1 sudu teh esen vanila
sedikit kulit lemon (zest)
sedikit pewarna kuning
***campur telur kuning tadi
***mix hingga sebati. bubuh dalam kulit tart dan sejukkan semalaman.





Filling 3:
Coklat ganache

***2 biji telur kuning diletakkan dalam mangkuk dan buat double boiler
      kacau telur tu sampai likat (tapi jgn sampai jadi telur hancur)
- bila macam dah likat, masukkan 1 cawan UHT whipping cream dan 250g coklat masakan (milk chocolate)
   kacau rata.
- tambahkan 100g cream cheese
- kalau macam likat sangat, tambah sedikit uht whipping cream
***bila selesai, masukkan adunan ke dalam blender / food processor : pulse hingga sebati

- masukkan bancuhan ke dalam kulit tart dan sejukkan semalaman.












No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...