PingJe

Tuesday, May 28, 2013

Cerai SUSU....

Cuti sekolah bermula lagi bagi mereka yang bersekolah harian, asrama  dan termasuklah semua cikgu yang sangat menanti akan kehadiran cuti panjang sebegini. 

Saya sudah hampir tiga tahun bekerja di Matrikulasi tidak lagi merasa nikmat cuti sekolah kerana kami bercuti dua minggu (cuti semester) mulai 1 Mei hingga 19 Mei sebelum menerima pelajar sesi 2013/2014 pada 27 Mei 2013.




Cabaran cuti sekolah : si kembar teringin sangat bercuti di rumah nenek di KL bersama Daddy dan saya pula agak sukar berenggang dengan anak-anak. Si kecik pula akan genap 2 tahun pada Jun ini. Saya rasa cukuplah tempoh dia menyusu badan kerana faktor-faktor tertentu.

Cuma... dek kerana tugas saya bermula sebaik sahaja cuti sekolah bermula dan si kembar (kakak & abang) beria-ia nak balik bercuti selama 2 MINGGU... saya turutkan kehendak mereka dan si kecik turut serta dalam program mereka.

Malam pertama ditinggalkan : Ardini menangis dalam dakapan Daddy. Nenek nak peluk pun dia tak mahu... akhirnya dia lena juga...Malam kedua pun sama juga...
Dan saya di Jengka ni, memang tak lena tidur, asyik teringatkan si kecik yang tak pernah berenggang dalam tempoh yang lama. Sedih juga...

Siang hari memang dia leka bermain dengan sepupunya : Amni (3 tahun). Bila malam menjelang, mulalah mencari-cari....

Kasihan si kecik... bukan saya sengaja... susu badan mulai berkurangan dan dia akan mudah rasa lapar. Biarlah dia belajar makan makanan yang lengkap dan minum susu yang berkhasiat selepas ini....

1 comment:

MIDONZ said...

lama-lama nanti dia akan biasakan diri juga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...