PingJe

Saturday, April 6, 2013

Kek batik versi hancur...

Bahan-bahan A:

2 bungkus biskut Marie (coklat atau biasa) (600 - 700g): dihancurkan / dikisar hancur
1 genggam kacang badam : dikisar kasar

Atas dapur: Bahan-bahan B

1 tin susu pekat manis
(guna tin yang sama) 1/2 tin air
3 sudu besar milo
2 sudu serbuk koko
*** Kacau rata

Cara-cara mengadunkannya:

1. Biskut dan kacang dikacau rata dalam bekas besar.
2. Guna senduk kayu (Bahan B panas lagi).
3. Tapiskan Bahan B perlahan-lahan ke dalam Bahan A tadi dan kacau dengan senduk kayu.
4. Guna sarung tangan plastik untuk menggaulkan A dan B setelah terasa kurang panas.
5. Kacau rata sehingga macam adunan biskut.
6. Ambil loyang yang tidak berapa dalam dan letak plastik atas loyang tersebut
7. Letak semua adunan dan ratakan. Tekan-tekankan adunan sampai rata.
8. Letak plastik (wrapper) kat atas adunan tadi : melitupi semua. Masukkan dalam peti ais (sekurang
   -kurangnya setengah hari)
9. Boleh dipotong dadu selepas ia keras sedikit. 

***kalau nak lagi sedap, boleh letak pelbagai frosting kat atas nya....


Gambar:  ambil dari internet...macam biasa la....anak-anak memang tak menyempat....huhuhuhu







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...