PingJe

Tuesday, April 23, 2013

Jeli Coklat mudah

1 tin susu cair/sejat
3 sudu besar serbuk koko (larutkan dalam 1 mug air panas)
1 cawan air panas
3 sudu besar serbuk gelatin halal (larutkan dalam setengah cawan air panas)
Gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan susu sejat + air panas - jangan sampai gelegak.
2.  Masukkan larutan serbuk coklat tadi.
3. Tambahkan gula - 5 sudu besar untuk permulaan.
4. Kalau kurang manis, tambah saja gula.
5. Jika gula telah larut, bubuh gelatin tadi. Kacau rata.

***Bila sudah sebati dan menggelegak, tutup api. Bubuh dalam bekas dan sejukkan. Bila sudah sejuk, boleh  
      letak bekas bertutup dalam peti ais. Biarkan semalaman.

***Kalau nak jeli ni keras sedikit, guna 4 sudu besar gelatin. Saya sukakan yang cair sedikit...:)

Selamat mencuba.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...