PingJe

Tuesday, March 19, 2013

Corelle oh Corelle....

Rasa seronok pula tengok pinggan mangkuk yang comel dan elegan. Tapi saya berkenan dengan yang di bawah ni hah....French White Bakeware....



CORNINGWARE® French White® 14-pc Baking Set
Harganya : RM 390.00 (1 set)



Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi memang banyak kegunanaannya. Tambahan pula saya memang suka memasak. Dengan set ni, boleh dimasukkan ke dalam oven dan terus dihidang. Yang ni diimport dari USA. Memang teringin, tapi suami suruh bersabar dulu...tunggu bonus...:)

Kalau ada rezeki lebih... teringin yang ini...

CORELLE® Square™ Pretty Pink 16-pc Set
Harga : RM 390.00 (1 set)

Bukan saya nak simpan dalam almari...tapi nak bagi keluarga dan rakan-rakan yang datang bertandang menjamu selera. Takkan lah nak bagi pinggan yang kita gunakan hari-hari. Kan elok kalau gunakan pinggan yang cantik dan berseri... makanan yang kurang enak pun akan ada serinya...

Kalau anda penggemar Corelle, boleh lah membeli set pinggan mangkuk yang cantik dan dijamin kualitinya. Kalau ada rezeki lebih, boleh beli yang dirasakan mampu. Dan yang penting... GUNAKAN lah set pinggan mangkuk ini untuk menjamu selera bersama keluarga sendiri. Bukannya DISIMPAN dalam almari kaca. Kasihan anak-anak dan suami : terkebil-kebil makan nasi dalam pinggan plastik setiap hari....hehehehehe (hanya gurauan semata-mata)

***Jika berminat dengan produk Corelle, boleh la minta katalog dengan saya. Rakan baik saya adalah 
     dealer sah Corelle dari USA. Bukan yang dibeli di Langkawi atau Kelantan. Harganya lagi murah dari 
     sana.

***Tiada paksaan dalam perniagaan dan jual beli. Yang dipamerkan di atas adalah sebahagian dari produk 
     Corelle. Ada lagi produk yang bernilai kurang daripada RM 200.00. Dan yang pastinya: mampu milik!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...