PingJe

Wednesday, March 20, 2013

Biskut paling mudah...

500g Marjerin Daisy
1 cawan gula
1 biji telur (kacau sedikit)
1/4 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan Diayak sekali:
5 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder (tak letak pun tak mengapa)

 Cara-cara:

1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan 1 biji telur dan pukul lagi.
3. Bila kembang, masukkan susu pekat manis dan esen vanila. - Pukul lagi
4. Masukkan bahan ayak dan kacau rata.
5. Adunan memang lembut.

***Loyang disapu minyak sayur / marjerin.
*** Boleh gunakan sudu untuk membentuk biskut dan ditabur dengan Topping : Chocolate Chips /
      Chocolate rice, kacang, dan pelbagai lagi.

*** Biskut ini mengembang, kena letak jarak-jarak.
*** Suhu : 180'C dan bakar 8 - 10 minit sahaja (bergantung jenis oven)


***Gambar ni ambil dari internet...lebih kurang rupa di macam ni...:)





Nota: Gambar tak sempat nak menjadi...biskut dan selamat dimakan oleh anak-anak....

Selamat mencuba....

2 comments:

Afif Zafri said...

wah senang nya.boleh cuba ni.terima kasih :D
Jemput : Reaperz.net

sophietarmizi said...

Afif:

Memang sangat senang.....:) cuba tau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...