PingJe

Thursday, March 14, 2013

Bersaing atau Tidak? Adalah hak peribadi...



Sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu dek keletihan menguruskan rumah tangga dan juga kerjaya. Bukanlah sesibuk menteri tetapi kesibukan itu membuatkan saya selalu kepenatan fizikal dan mental.

Baru-baru ini saya diajukan soalan :
 Mengapa kurang berdaya saing? Mengapa tidak mahu berfikiran lebih dari sepatutnya?

Saya menjawab dengan berhemah : Saya tahu setakat mana kemampuan saya...

Kebiasaan orang yang berdaya saing akan melakukan apa saja untuk bersaing demi kepuasan peribadi atau pun organisasi. Sesetengah orang mungkin akan menindas orang lain demi kepuasan diri sendiri semasa bersaing dalam apa bentuk persaingan.

Saya bukan orang yang tinggi daya saingnya. Saya ada langkah sendiri untuk berjaya dalam hidup. Falsafah saya mudah sahaja : Jangan ganggu hidup saya dan saya takkan ganggu hidup orang lain.

Mungkin nampak macam 'self-centred'... sebenarnya saya juga ada matlamat hidup yang tidak perlu digembar-gemburkan setiap masa. Cukuplah saya tahu yang saya perlu capai matlamat yang perlu : dalam kehidupan atau kerjaya; tidak perlulah sentiasa mengarah-arahkan saya supaya lebih berdaya saing dan bersifat kompetitif.

Hakikat hidup juga adalah persaingan : sihat atau tidak sihat bergantung kepada individu itu sendiri. Cuma saya tidak suka bersaing dalam perkara-perkara yang saya rasakan tidak perlu bersaing. Cukuplah saya tahu apa yang saya buat dan usaha yang saya masukkan sepanjang perbuatan saya itu...LillahiTa'ala...

Anda pula...bagaimana?



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...