PingJe

Wednesday, March 20, 2013

Biskut paling mudah...

500g Marjerin Daisy
1 cawan gula
1 biji telur (kacau sedikit)
1/4 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan Diayak sekali:
5 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder (tak letak pun tak mengapa)

 Cara-cara:

1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan 1 biji telur dan pukul lagi.
3. Bila kembang, masukkan susu pekat manis dan esen vanila. - Pukul lagi
4. Masukkan bahan ayak dan kacau rata.
5. Adunan memang lembut.

***Loyang disapu minyak sayur / marjerin.
*** Boleh gunakan sudu untuk membentuk biskut dan ditabur dengan Topping : Chocolate Chips /
      Chocolate rice, kacang, dan pelbagai lagi.

*** Biskut ini mengembang, kena letak jarak-jarak.
*** Suhu : 180'C dan bakar 8 - 10 minit sahaja (bergantung jenis oven)


***Gambar ni ambil dari internet...lebih kurang rupa di macam ni...:)





Nota: Gambar tak sempat nak menjadi...biskut dan selamat dimakan oleh anak-anak....

Selamat mencuba....

Tuesday, March 19, 2013

Corelle oh Corelle....

Rasa seronok pula tengok pinggan mangkuk yang comel dan elegan. Tapi saya berkenan dengan yang di bawah ni hah....French White Bakeware....



CORNINGWARE® French White® 14-pc Baking Set
Harganya : RM 390.00 (1 set)

Hadiah Hari Lahir....

Tanda sayangnya sang suami kepada isteri.... dan memudahkan tugas saya di dapur setelah sekian lama mengidam produk-produk ini...


Phillips Food Processor

Elba Stand Mixer

Dan yang pastinya....hobi saya yang suka membuat kek dan mencuba resepi baru makin menyeronokkan...

Terima kasih encik suami......

Elba Stand Mixer ESMB-9925S - Mixer


Saturday, March 16, 2013

Kejutan di Hari Jumaat

Situasi :

            8.00 pagi di ofis : menyiapkan Handouts 'Brain Teaser' sebagai aktiviti hari ini. Lama juga nak
            menyiapkan latihan ni...

           8.45 : berjalan ke kelas...

            9.16 pagi di kelas... jumlah pelajar yang tiba lebih kurang 10 orang (jumlah semua: 20 orang)
            Kelas sepatutnya bermula jam 9.00 pagi.
            Darah dah mendidih dah...mana la lagi separuh ni? Memang nak kena ni...

Tiba-tiba...
                 Seorang pelajar perempuan pengsan di luar kelas. Panik sekejap... terus menyuruh pelajar lain
                 memapahnya masuk ke kelas. Pertolongan cemas cuba diberikan ... tetapi pelajar tersebut tidak
                 demam panas atau pun jelas sakitnya... BUNTU sekejap.

Thursday, March 14, 2013

Bersaing atau Tidak? Adalah hak peribadi...



Sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu dek keletihan menguruskan rumah tangga dan juga kerjaya. Bukanlah sesibuk menteri tetapi kesibukan itu membuatkan saya selalu kepenatan fizikal dan mental.

Baru-baru ini saya diajukan soalan :
 Mengapa kurang berdaya saing? Mengapa tidak mahu berfikiran lebih dari sepatutnya?

Saya menjawab dengan berhemah : Saya tahu setakat mana kemampuan saya...

Kebiasaan orang yang berdaya saing akan melakukan apa saja untuk bersaing demi kepuasan peribadi atau pun organisasi. Sesetengah orang mungkin akan menindas orang lain demi kepuasan diri sendiri semasa bersaing dalam apa bentuk persaingan.

Saya bukan orang yang tinggi daya saingnya. Saya ada langkah sendiri untuk berjaya dalam hidup. Falsafah saya mudah sahaja : Jangan ganggu hidup saya dan saya takkan ganggu hidup orang lain.

Mungkin nampak macam 'self-centred'... sebenarnya saya juga ada matlamat hidup yang tidak perlu digembar-gemburkan setiap masa. Cukuplah saya tahu yang saya perlu capai matlamat yang perlu : dalam kehidupan atau kerjaya; tidak perlulah sentiasa mengarah-arahkan saya supaya lebih berdaya saing dan bersifat kompetitif.

Hakikat hidup juga adalah persaingan : sihat atau tidak sihat bergantung kepada individu itu sendiri. Cuma saya tidak suka bersaing dalam perkara-perkara yang saya rasakan tidak perlu bersaing. Cukuplah saya tahu apa yang saya buat dan usaha yang saya masukkan sepanjang perbuatan saya itu...LillahiTa'ala...

Anda pula...bagaimana?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...