PingJe

Sunday, February 17, 2013

Roti Manis Berintikan Kacang Merah

Bahan Kering:

300 g Tepung High Protein
200 g Tepung gandum
70 g gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Bread Improver
1 sudu teh Bread softener
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
6 gram yis kering

Bahan Basah:

1 Biji telur (dikacau)
200 ml susu cair
100 ml air sejuk (ambil dari peti ais)
2 sudu besar marjerin (Daisy)



Guna Bread Maker:

1. Lapisan bawah : Bahan basah.
2. Lapisan tengah : Bahan Kering
3. Atas sekali : Yis kering

Diadun (dough) : 1 jam
Dibiarkan naik dan kembang : 1 1/2 jam
(letak dalam besen / mangkuk besar ; tutup dengan kain, jangan terkena angin kipas: letak di tempat hangat)

Dibentuk bulat dan diisi kacang merah.
Diletak atas dulang (sapu minyak / marjerin) : jauh-jauh , nanti dia kembang bila dibakar.
Biarkan doh kembang : 1/2 jam lagi.

Pecahkan telur (ambil yang lain) dan pukul. Sapu atas roti.

Oven panaskan : 200'C (10 minit)

Bakar dalam oven 180'C selama 30 - 35 min (ikut oven masing-masing).

Kalau tidak ada Bread Maker,

1. Pukul bahan basah sampai sebati.
2. Masukkan bahan kering dan kacau sebati.
3. Masuk kan yis.
4. Uli sampai doh sebati dan bentukan bulat besar. (dan ulang langkah kembangkan doh di atas)

SELAMAT MENCUBA!!!!!




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...