PingJe

Friday, February 15, 2013

Gigi Bongsu



Kenapalah gigi bongsu bawah ni senget menget? Dua-dua pula tu....nak dijadikan cerita, berlubang teruk dan perlu dikeluarkan.

Pergi klinik swasta... boleh dibuang dengan minor surgery and kosnya RM 400.00...hmmm

Nasib baik la kakitangan kerajaan, bawa GL dan terus ke Hospital Jengka. Setelah diberi penerangan (sesi soal jawab sebab takut sangat dengan doktor gigi kan...hahahahaha) saya pun setuju sajalah.

Dua hari kemudian...pembedahan kecil dilakukan (Jumaat, 15 Feb 2013). Doktor cakap : akan rasa sakit selama 2 ke 3 hari dan ada orang mungkin sampai sebulan. Dan ada kes mungkin saraf gigi akan putus dan deria rasa akan hilang...huhuhuhu

Alhamdulillah....doktor tu sangat lembut orangnya. Tak rasa sakit atau ngilu semasa pembedahan dilakukan. Berbeza dengan cerita-cerita ngeri yang pernah saya dengar....

Berbalik pada gigi bongsu saya yang selamat dikeluarkan (sebelah kiri), saya berasa agak selesa dengan kehilangannya....hahahahaha......

Dan saya akan menunggu masa sesuai untuk sebelah kanan pula...

Dah nasib gigi bongsu saya tidak secantik orang lain dan perlu dibuang supaya tidak mengganggu gigi yang lain....

Hospital Kerajaan pun bagus juga kan....:)

Terima kasih kepada doktor dan staf bertugas....


2 comments:

Syima Mohamed said...

Alhamdulillah tak ada apa2... Dua thn lepas akak buang gigi bongsu.... Mc sampai seminggu.... Teruk sangat.... Dahtu sampai sekarang rasa kebas sikit.... Takpe la.... Nak buat macam mana.... Nikmat Allah tarik balik.... Baru sikit dia tarik..... Kalau langsung takde rasa apa2 lagi haru.....

sophietarmizi said...

Kak Syima:

Betul tu, sakit tu kan dugaan Allah, tgh sakit tu mcm2 sy hadapi kat sini, nasib baik x melarat, saya dh ok dalam tempoh 2 hari je...syukur sgt2 sebab x teruk komplikasinya....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...