PingJe

Thursday, January 24, 2013

Kembali Cergas....



Setelah hampir 2 tahun meninggalkan hobi, akhirnya saya berjaya menguatkan semangat untuk membentuk kembali fizikal saya.

Alhamdulillah....dengan adanya Izzati dengan JFit nya...saya berpeluang bersenam di samping bersosial dengan rakan-rakan sama ada dari KMTPh atau pun rakan-rakan baru.

Diet sihat turut saya amalkan dan Absarina Uzma (anak saya : 9 tahun dengan berat 44kg) turut menjalani diet sihat. Setelah seminggu berpantang nasi pada waktu malam, nampak sedikit perubahan pada perutnya. Ditambah dengan senam robik seminggu sekali, abdomennya turut berubah. Alhamdulillah...

Saya ingin kembali jadi ibu yang memantau pemakanan sihat anak-anaknya agar tidak obesiti. Saya mahu keluarga yang sihat dan berstamina tinggi. Untuk menurunkan berat badan secara mendadak bukan tujuan utama. Saya mahu dia bergerak lebih laju dan cergas supaya jantungnya lebih sihat.

Terima kasih JFit Jengka....kami kini kembali cergas...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...