PingJe

Monday, December 10, 2012

Senaman Dalam Rumah...



Sangat suka membaca artikel ini. Menjadi suri rumah bukan alasan untuk tidak mampu turunkan berat badan. Rupa-rupanya semua kegiatan kita di rumah akan membantu usaha kita menjadi lebih sihat dan cergas.


Diambil sepenuhnya dari : 

Senaman dalam rumah (klik tajuk ini)


Menyediakan makanan untuk keluarga tercinta

Aktiviti memasak dapat membakar sebanyak 154 kalori (kcal) dalam masa hanya satu jam. Di samping itu, harus diingatkan supaya memilih menu makanan yang berkhasiat.


Menonton televisyen atau wayang

Merehatkan minda dengan aktiviti menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen juga boleh membakar sebanyak 113 kalori dalam masa dua jam, tetapi jangan pula anda menikmati makanan ringan sambil menonton.


Mencuci rumah

Mengemop lantai dan mencuci rumah boleh mengurangkan 102 kalori dalam tempoh 30 minit. Bukan saja dapat membakar kalori, lemak dalam badan juga boleh dibakar dengan melakukan aktiviti sebegini.


Naik turun tangga

Rata-rata di kalangan kita mempunyai rumah bertangga. Justeru, ambil kesempatan itu dengan mengulangi langkah anda iaitu naik dan turun. Setiap larian di tangga boleh membakar sebanyak lima kalori dan ia amat mudah dilakukan untuk menguatkan otot kaki dan memperbaiki aliran darah dalam badan.


Menjemur kain

Dengan melakukan tugasan seperti mengemas, melipat, menjemur dan meletakkan baju ke dalam mesin basuh, ia juga dapat membakar sebanyak 68 kalori.


Mencabut rumput di laman

Laman anda banyak rumput atau lalang? Apa kata jika tiada kerja mahu dilakukan, cabutlah rumput dan lalang itu untuk mencantikkan lagi kawasan halaman rumah. Selain laman menjadi lebih cantik, anda juga membakar kalori dalam badan.


Membasuh kereta bersama jiran tetangga

Membasuh kereta juga dapat membakar sebanyak 266 kalori. Ia sangat mudah dilakukan bersama suami, anak-anak dan jiran tetangga.


Mungkin untuk permulaan, badan anda akan mengalami sedikit penurunan berat.
Tetapi selepas beberapa ketika, badan akan mula menyesuaikan diri dan berat badan menjadi statik.

Oleh itu, cubalah pelbagai jenis senaman untuk lebih kepelbagaian. Paling penting, anda mesti sentiasa gembira dalam melakukan sebarang pekerjaan kerana ketawa juga boleh mengurangkan tekanan dan membakar kalori.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Terima kasih kepada penulis artikel ini. Semangat untuk terus menjadi ibu dan isteri yang baik akan terus membara...:)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...