PingJe

Wednesday, December 5, 2012

Cuti Sekolah



Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu dengan rakan-rakan guru yang masih lagi bercuti di bulan Disember ini.

Bagi kami golongan pendidik di matrikulasi atau pun di pusat-pusat pengajian tinggi, kami sudah mulakan semester baru untuk pelajar-pelajar kami.

Ada yang bercuti semester selama seminggu atau dua minggu sahaja. Terasa sangat pendek masa bersama anak-anak sewaktu mereka sedang 'sibuk mengatur' perjalanan cuti sekolah.

Si kembar saya pun sama... asyik bertanyakan ke mana agaknya tempat percutian tahun ini. Maafkanlah... Mummy kena bekerja selepas hanya dua minggu bercuti. Kebetulan cuti minggu pertama dan kedua jatuh pada tarikh yang sama cuti persekolahan akhir tahun...dapatlah bercuti sepenuhnya.

Tapi kalau difikir balik, saya rasa sangat seronok berada di Jengka. Tempat kerja yang dekat, tanpa hiruk pikuk kenderaan yang bersesak-sesak tidak kira masa. Saya ada masa untuk melayan kerenah anak-anak pada waktu tengahari dan hanya mengambil masa sepuluh minit memandu semula ke tempat kerja menyambung tugas.

Suasana kerja yang kurang stress dan melayan kerenah pelajar yang akan melangkah ke alam dewasa amat berlainan dengan kisah saya sewaktu mengajar di sekolah dulu.

Betullah pepatah : Lain padang, lain belalang.
                         
Dan yang penting, saya tidak lagi membazirkan masa saya memandu selama dua tiga jam dalam kereta semata-mata untuk pulang ke rumah.

Selamat bercuti panjang ya....kepada semua rakan-rakan di sekolah...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...