PingJe

Friday, December 14, 2012

Lelaki vs Perempuan



Lawak betul satu kejadian yang berlaku di Eblag, Poland.

Mari baca kisahnya...


Lelaki seterika muka sangka telefon


EBLAG (Poland): Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri.
Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen.

Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon.

Paczkowski mencederakan diri selepas ingin membuktikan kepada isterinya, Lila dia boleh melakukan kerja rumah sebaik isterinya itu. “Saya memutuskan menyeterika pakaian ketika Lila keluar bekerja untuk membuktikan saya juga boleh melakukan kerja rumah.

“Wanita selalu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, jadi saya menghidupkan seterika, membuka botol bir sambil menonton perlawanan tinju di televisyen,” katanya.


“Rupa-rupanya sukar untuk melakukan kerja rumah. Saya benar-benar menghormati apa yang dilakukan isteri selama ini,” katanya. - TS

Artikel penuh : KLIK SINI

Bukan senang untuk menjadi suri rumah sepenuh masa atau pun yang bekerja. Perempuan memang komited jika membuat sesuatu kerja. Ganjaran yang dicari hanyalah pahala dari Allah SWT dan kasih sayang daripada suaminya. Hargailah isteri anda...:)

Zionis...



Kisah Palestin memang menyayatkan hati kita semua. Masih lagi terbayang wajah-wajah insan yang syahid di bumi Palestin.

Di sini ada satu artikel mengenai Zionis... harap kita semua dapat manfaat daripada artikel ini.


Tembelang rejim Zionis


SAIDINA Ali Abi Talib pernah memberi peringatan yang amat mendalam, bahawasanya: “Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain.”

Kisah kaum bani Israel banyak dirakamkan dalam al-Quran bertujuan mendedahkan tembelang mereka dalam isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Jangan sesekali ada di kalangan umat Islam yang mencuba untuk menjalinkan sebarang hubungan diplomasi walau atas dasar apa sekalipun.


Perkataan Israel pada asalnya bermaksud pilihan dan ia adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub. Justeru, bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub dan sekarang mereka lebih dikenali sebagai Zionis.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya, bani Israel ini adalah kaum yang dimuliakan Allah SWT suatu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan kepada kaum lain.” (Surah Al-Baqarah, ayat 85) Sebagai bangsa pilihan, mereka dilimpahi nikmat Allah yang tidak diberikan kepada bangsa lain. Antara nikmat itu ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang daripada kalangan mereka, selain diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya.

Monday, December 10, 2012

Senaman Dalam Rumah...



Sangat suka membaca artikel ini. Menjadi suri rumah bukan alasan untuk tidak mampu turunkan berat badan. Rupa-rupanya semua kegiatan kita di rumah akan membantu usaha kita menjadi lebih sihat dan cergas.


Diambil sepenuhnya dari : 

Senaman dalam rumah (klik tajuk ini)


Menyediakan makanan untuk keluarga tercinta

Aktiviti memasak dapat membakar sebanyak 154 kalori (kcal) dalam masa hanya satu jam. Di samping itu, harus diingatkan supaya memilih menu makanan yang berkhasiat.


Menonton televisyen atau wayang

Merehatkan minda dengan aktiviti menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen juga boleh membakar sebanyak 113 kalori dalam masa dua jam, tetapi jangan pula anda menikmati makanan ringan sambil menonton.

Wednesday, December 5, 2012

Cuti Sekolah



Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu dengan rakan-rakan guru yang masih lagi bercuti di bulan Disember ini.

Bagi kami golongan pendidik di matrikulasi atau pun di pusat-pusat pengajian tinggi, kami sudah mulakan semester baru untuk pelajar-pelajar kami.

Ada yang bercuti semester selama seminggu atau dua minggu sahaja. Terasa sangat pendek masa bersama anak-anak sewaktu mereka sedang 'sibuk mengatur' perjalanan cuti sekolah.

Si kembar saya pun sama... asyik bertanyakan ke mana agaknya tempat percutian tahun ini. Maafkanlah... Mummy kena bekerja selepas hanya dua minggu bercuti. Kebetulan cuti minggu pertama dan kedua jatuh pada tarikh yang sama cuti persekolahan akhir tahun...dapatlah bercuti sepenuhnya.

Tapi kalau difikir balik, saya rasa sangat seronok berada di Jengka. Tempat kerja yang dekat, tanpa hiruk pikuk kenderaan yang bersesak-sesak tidak kira masa. Saya ada masa untuk melayan kerenah anak-anak pada waktu tengahari dan hanya mengambil masa sepuluh minit memandu semula ke tempat kerja menyambung tugas.

Suasana kerja yang kurang stress dan melayan kerenah pelajar yang akan melangkah ke alam dewasa amat berlainan dengan kisah saya sewaktu mengajar di sekolah dulu.

Betullah pepatah : Lain padang, lain belalang.
                         
Dan yang penting, saya tidak lagi membazirkan masa saya memandu selama dua tiga jam dalam kereta semata-mata untuk pulang ke rumah.

Selamat bercuti panjang ya....kepada semua rakan-rakan di sekolah...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...