PingJe

Tuesday, October 30, 2012

Anak DERHAKA?



Saya suka mendengar ceramah agama... tidak kira secara langsung atau tidak. Kadang-kadang sambil memandu pun ada juga terselit sedikit pesanan di radio.

Sememangnya memang senang sangat nak jadi anak DERHAKA... tapi bukan disebabkan oleh si anak, tapi disebabkan oleh SI IBU...

Pernah saya terdengar...

            Perangai ibu itu sendiri yang menyebabkan anak itu menjadi DERHAKA. Contoh yang paling baik
            apabila anaknya sudah berkahwin. Ini kerana ada segelintir ibu yang tidak mahu berpisah dengan
            anaknya (lelaki/perempuan) dan berasa bahawa anaknya sudah tidak menyayanginya lagi.

           Sedangkan anaknya selalu teringatkan ibunya yang terpaksa ditinggalkan demi membina keluarga di
           tempat baru.

           Jika si anak memang buat endah tak endah, itu memang akan mendatangkan kemarahan... tetapi jika
           ibu itu berasa tidak puas hati terhadap menantu dan anaknya, itu dikira tidak adil. Hubungan suami
           isteri boleh retak jika ada campur tangan keluarga mertua. Anak boleh derhaka hanya kerana si ibu
           tidak mahu merestui pemergian si anak tadi untuk membina keluarganya sendiri.

Saya juga seorang ibu. Doa ibu ni berkat... tanpa doa ibu, hidup kita umpama bergelandangan tanpa arah tujuan. Wang banyak pun tiada gunanya jika kita dicop sebagai anak DERHAKA hanya kerana sang ibu tidak mahu melepaskan anaknya pergi dan tidak mahu mendoakan kesejahteraan anaknya itu.

Syurga isteri di tapak kaki suami... dan syurga anak di tapak kaki ibu. Tapi jika neraka yang dipilih sang ibu, bagaimana hidup anaknya nak selamat di akhirat kelak?

Harap-harap para ibu di luar sana akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak mereka. Jikalau seorang ibu masih bersikap kebudak-budakan... lebih elok jangan kahwin anak-anak yang sudah matang. Bela saja mereka di rumah hingga terputus nyawa mereka sambil menidakkan hak mereka sebagai insan yang sempurna zahir dan batin... maka jadi lah IBU yang DERHAKA terhadap anak-anaknya.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...