PingJe

Sunday, September 30, 2012

Tangan Hijau....

Dah lama tak tulis apa-apa pasal sangat la sibuk kehidupan kat Jengka ni (walaupun Bandar nya kecik je).

Alhamdulillah...setelah berbudi pada tanah, dapatlah juga hasilnya walaupun tak seberapa. Cuma satu perkara saja : tangan saya ni "PANAS" - tanam apa pun tak nak naik. Tapi, semenjak dua menjak tolong suami saya berkebun kat tepi rumah, apa yang saya tanam menjadi...seronok sangat.

Inilah hasil comel saya dan suami :

kentang comel


Dah ada pokok mangga, longan, ciku, manggis, limau purut, limau nipis, dan banyak lagi untuk kegunaan harian. Dah jarang ke kedai kalau setakat serai atau pun daun kunyit. Kat Jengka ni memang payah nak cari daun kunyit - kebanyakan orang tanam sendiri. Masa mula-mula pindah, susah juga nak cari daun kunyit; terpaksa minta dengan Tok Pengasuh Ardini.

Sekarang... hidup makin mudah jika berbudi pada tanah. Yang penting... Tangan saya dah sejuk...TANGAN HIJAU....:)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...