PingJe

Thursday, September 13, 2012

Cuba selak kain sendiri la!!!

Mudah sangat manusia ni menjatuhkan hukuman terhadap orang lain kan. Mudah juga berprasangka buruk terhadap sesama manusia. Ada pula yang sibuk "menyelak" kain orang....hahahahahahah

Ayat saya tak teruk sangat berbanding dengan sikap segelintir manusia yang suka menyibuk dengan masalah orang lain. Kalau sanggup mendengar dengan baik, tidak mengapa. Tapi kalau setakat nak menyiram cuka di luka, tak payah lah nak tunjuk baik - betul tak?

Apa yang penting, hidup kena diteruskan walaupun ada senyum sinis dan jelingan daripada segelintir manusia yang akan bersorak di atas kejatuhan kita. Biarlah Luncai tu terjun dengan labu-labunya...

Rakan yang baik adalah yang mendengar dan cuba memberi nasihat tanpa menjatuhkan maruah seseorang itu. Kalau setakat nak lepas batuk di tangga, baik tak payah tanya apa masalah peribadi orang lain. Ini tidak, suka-suka hati je "bantai" cakap....

Tak mengapalah... karma itu ada...hahahahah

Tenanglah wahai hati....:)



3 comments:

MIDONZ said...

Sifat manusia yang sangat prihatin tapi tak kena pada waktu dan tempat..

MIDONZ said...

Anda sememang insan yang kuat dan tabah.. saya sangat terharu..

sophietarmizi said...

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...