PingJe

Tuesday, August 7, 2012

Kena ganti tak?

Kasihan Muqri...dia terpaksa "dicutikan" daripada berpuasa selama tiga hari kerana lelah berpanjangan. Walaupun umurnya baru 8 tahun...dia berazam untuk puasa penuh.

Apabila disuruh berbuka puasa  pada hari lelahnya bermula (jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang), dia enggan : "Abang tak nak ganti puasa..."

Kalau anak sekecil itu dah tahu erti puasa dan nikmat berpuasa...ini kan pula kita yang dewasa. Malulah kalau ada yang sudah akil baligh tapi malas berpuasa dengan seribu satu alasan. Kalau seringkali "sakit" nescaya Allah S.W.T akan "membekalkan" sakit yang berpanjang. Sekarang ni semuanya dibayar tunai...



Anak-anak saya diasuh berpuasa sejak mereka berusia 6 tahun. Di mana mereka akan berbuka pada jam 5.30 petang (hari pertama) dan jam 6.00 petang (hari berikutnya). Pada umur 7 tahun... mereka berpuasa penuh. Alhamdulillah...rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang taat pada perintah agama...

Walaupun mereka meminta baju raya yang lengkap beserta duit raya... anggaplah sebagai upah mereka. Dan apabila dewasa kelak, tidak lah rasa berpuasa itu satu beban yang harus digalas saban tahun.

Bagi mereka yang masih culas berpuasa...ingatlah, kita tak tahu bila mata akan tertutup. Seperti juga solat, urusan aurat dan sebagainya... kalau belum lagi sempurna, buatlah sehingga sempurna. Ya... kubur lain-lain. Tapi kalau tidak diingatkan, maka orang di luar kubur akan tetap terkena tempiasnya... kasihankan bapa kita, suami kita... menanggung dosa anak-anak perempuan dan isteri mereka... :(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...