PingJe

Friday, August 31, 2012

Musibah oh Musibah

Terpaku sekejap selepas membaca tazkirah yang ditulis oleh Datuk Mohd Zawawi Yusoh (Tazkirah Remaja : Metro, Jumaat, 31 Ogos 2012; Musibah Tanda Dosa Diampunkan)

Dipetik:

Tujuan Allah menurunkan musibah kepada hamba-Nya supaya dosa mereka diampunkan. Pada masa yang sama, ada keterangan dan ayat menyatakan dosalah juga menjadi penyebab datangnya bala.

Rasulullah pernah bersabda maksudnya:
"Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada, Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa."

Tersentuh hati tatkala membaca sehingga ke ayat yang terakhir. Setiap kesusahan yang dialami itu merupakan satu bentuk kurniaan Allah terhadap hamba-Nya. Janganlah kita lupa bahawa itu tandanya kita sentiasa disayang Allah.

Moga-moga kita sentiasa beringat : Allah itu Wujud...Allah itu Adil...Allah itu Maha Penyayang...
ALLAHU AKHBAR....

Tuesday, August 7, 2012

Kena ganti tak?

Kasihan Muqri...dia terpaksa "dicutikan" daripada berpuasa selama tiga hari kerana lelah berpanjangan. Walaupun umurnya baru 8 tahun...dia berazam untuk puasa penuh.

Apabila disuruh berbuka puasa  pada hari lelahnya bermula (jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang), dia enggan : "Abang tak nak ganti puasa..."

Kalau anak sekecil itu dah tahu erti puasa dan nikmat berpuasa...ini kan pula kita yang dewasa. Malulah kalau ada yang sudah akil baligh tapi malas berpuasa dengan seribu satu alasan. Kalau seringkali "sakit" nescaya Allah S.W.T akan "membekalkan" sakit yang berpanjang. Sekarang ni semuanya dibayar tunai...

Monday, August 6, 2012

Tart Coklat Cheese

Bahan Tart:

125g mentega (tanpa garam) (terus dari peti ais)
60 g  gula castor
1 biji telur kuning
250g tepung naik sendiri (ayak bersama secubit garam)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air sejuk (dari peti ais)

1.  Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2.  Masukkan telur dan esen vanila.
3.  Pukul lagi - hingga kembang.
4.  Ketepikan pemukul - masukkan tepung dan sebatikan.
5. Masukkan air - bentuk kan doh.
6. Guna loyang untuk pai - bentukkan, dan cucuk dengan garfu.
7. Suhu 180' - 20 min hingga masak

Saturday, August 4, 2012

Kisah si Mati....


Sedikit perkongsian:
Jika berlaku kematian, wang si mati hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara wajib seperti membeli kain kapan dan upah menggali kubur.

Jika harta si mati banyak, boleh diagih-agihkan pada malam berkenaan (selepas selesai tahlil dan sebagainya). Rasionalnya: ketika adik beradik berkumpul, maka eloklah diagih-agihkan harta tersebut untuk mengelakkan perselisihan faham, pergaduhan, rasa tidak puas, kedaifan dan sebagainya kelak. Ini kerana pada zaman kita ini, bukan mudah untuk berkumpul pada satu masa.

Janganlah gunakan wang si mati untuk mengadakan tahlil untuk arwah. Ini kerana kita mungkin akan termakan harta anak yatim : ibarat memakan bara api neraka.

Seeloknya, kita bersedekah ketika keluarga si mati sedang mengadakan tahlil untuk arwah, bukannya niat datang untuk makan semata-mata.

Kita ni terlalu mengikut ‘adat’ yang dibawa oleh generasi terdahulu. Maka perlulah kita selalu berada di majlis ilmu untuk memperbaiki amalan kita sehari-hari. (Menonton, membaca, mendengar di radio dan  apa saja berkaitan agama dan ilmu akhirat : dikira majlis ilmu)

***Perkongsian : Al-Kuliyyah (TV3)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...