PingJe

Saturday, June 30, 2012

Sabtu tanpa PLASTIK!!!!

Oleh kerana saya dan suami sangat menyokong kempen Sabtu tanpa beg plastik, kami membawa beg sendiri apabila ke pasaraya.

Hari ini, giliran sebuah pasaraya besar di Jerantut. Tak perlu lah saya meletakkan nama pasaraya tersebut...

Sewaktu membuat bayaran di kaunter:

Saya:         Tak payah beg plastik...
Cashier:     Erk...kenapa?
Saya:         Saya bawa beg sendiri...
Cashier:     (Muka kehairanan) Semua pun letak dalam beg ke?
Saya:         Ya...



Dia mengambil beg-beg tersebut dan mengisikan semua barangan yang dibeli satu persatu ke dalam beg kami.Riak muka seperti tadi...

Musykil juga... kerana pasaraya ini terus-terusan menggunakan beg plastik tanpa mengenakan sebarang cas untuk beg plastik yang diguna pelanggan mereka. Setahu saya, kebanyakan pasaraya akan mengenakan cas 20 sen sehelai beg plastik - untuk menggalakkan pelanggan mengurangkan pencemaran alam ini.

Yang lagi menghairankan saya... Cashier itu seolah-oleh tidak tahu bahawa kempen Sabtu tanpa Beg Plastik telah lama diikuti oleh Rakyat Malaysia...hmmmm.....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...