PingJe

Monday, June 18, 2012

Junior vs Senior

Kadang-kadang rasa nak mengamuk pun ada bila ada sesetengah senior yang rasa dirinya 'BESAR' sangat apabila bercakap dengan junior yang memang sedia 'KECIK' di matanya.

Tapi... dalam organisasi, jika junior itu memegang jawatan yang lagi tinggi dari senior tu... sudah pastilah junior tu mempunyai kuasa yang lebih, kan?

Namun, dek 'EGO' dan 'GENDER' mereka, ada sesetengah senior tidak betah menerima arahan daripada ketuanya yang lagi junior daripada mereka.

Saya pun tak ingin jawatan tu... tapi dah SAYA YANG MENURUT PERINTAH ... nasib badanlah kan.



Cuma, ada kalanya, senior perlu juga mendengar buah fikiran junior yang mungkin lebih bagus dan mengikut kehendak zaman pelajar sekarang. Tak perlu lah menunjukkan siapa lagi senior dalam bidang PERGURUAN ni... kita ni penyampai ilmu.

Jika zaman itu berubah, takkanlah kita masih nak guna "CHALK AND TALK" lagi... cubalah untuk menarik minat pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu, cabaran, dan sesuatu yang menarik. Kalau cikgu nya membosankan, pasti mereka tidak akan memberi sepenuh tumpuan dalam kelas.

Walaupun pengalaman saya sebagai guru tidak banyak...saya tetap berani mengatakan, kadang-kadang pelajar akan menyalahkan guru mereka jika mereka tidak berjaya. Dan saya akui, kadang-kadang perangai guru itu sendiri yang boleh menyebabkan pelajar gagal dalam matapelajaran yang diajar. Saya juga pernah mengalami kegagalan tersebut...

Tidak dinafikan... perangai pelajar itu sendiri turut mempengaruhi kegagalan mereka kerana mereka tidak mahu untuk berubah.

Namun... jika guru itu bermati-matian mengajar dengan niat "LILLAHI TA'ALA" tetapi pelajar itu gagal juga... ianya adalah cubaan dan dugaan dari Allah S.W.T untuk memastikan guru tersebut tidak berputus asa untuk mendidik anak bangsa...CUBA DAN CUBA LAGI....

Ini merupakan pendapat peribadi saya... jangan lah pula nanti saya dikatakan mengutuk guru-guru di luar sana. Saya berada di tahap ini pun dengan asuhan guru-guru saya tersayang dan saya sangat menyanjungi guru-guru saya dari sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi. Tanpa didikan mereka, mungkin saya tidak akan menyayangi dunia pendidikan. Tanpa restu mereka, ilmu saya tidak berkat... begitu sekali tingginya darjat seorang guru.

Jika anda seorang senior... fikir-fikirkanlah ye...jangan sampai ada junior yang menarik muka dengan anda hanya kerana anda menunjukkan sifat "SENIOR" anda. Hidup ini umpama roda...

Jika anda seorang junior... sentiasalah bersikap rendah diri tetapi jangan sampai ditindas pula. Pendapat junior kadang kalanya amat membantu dalam organisasi pendidikan - seiring dengan zaman IT ini...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...