PingJe

Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja...

Kepada mereka yang bekerja sama ada dengan Syarikat Swasta atau pun Kerajaan atau pun bekerja sendiri.

Kepada mereka yang masih "menanam anggur" di rumah, jangan berputus asa.... sentiasa berusaha mencari kerja untuk menampung diri sendiri dan juga keluarga.

Kepada mereka yang ada kerja tetapi rasa sangat malas bekerja... bersyukurlah kerana anda mempunyai satu pekerjaan yang memberikan anda wang tiap-tiap bulan.



Kepada mereka yang bekerja tetapi agak kurang halal hasilnya... segeralah bertaubat kerana jalan taubat itu sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin bertaubat...dan carilah kerja yang lebih halal.

Kepada mereka yang berkerja tetapi suka sangat makan "disuap"... hentikanlah amalan anda itu kerana kasihanilah keluarga anda yang di rumah sentiasa bergelumang dengan hasil haram yang anda bawa pulang ke rumah.

Kepada mereka yang berkerja tetapi tak ikut peraturan... hidup kita ni macam roda... kadang kala di atas dan ada masa di bawah. Jangan ingat anda kat atas selamanya.

Kepada mereka yang bergelar Majikan...Boss...Tuan...Puan...sentiasalah menghargai pekerja anda...jangan ingat anda boleh buli pekerja anda... tanpa mereka, anda mungkin lingkup....

Kepada pekerja kerajaan khasnya.... Janganlah suka curi tulang...kalau jawab telefon tu ikhlas lah sikit... kalau kerja mula pukul 8, janganlah masih di kedai makan bersarapan... kita ni memikul amanah. Saya pun kerja kerajaan juga, kadang-kadang makan hati gak dengan kerenah birokrasi yang melampau. Harapan saya... mudah-mudahan kita bekerja hanya kerana Allah... bukan kerana takutkan Majikan kita. InsyaAllah, walau gaji kecil macam mana pun, hati senang.

Lagi satu.... Wahai Pekerja-Pekerja sekalian... sudahkah anda tunaikan Zakat Pendapatan? Ingatlah, dalam gaji kita, ada sedikit untuk golongan fakir dan miskin. Bayarlah zakat pendapatan setelah genap setahun bekerja bagi mereka yang baru mula bekerja. Bagi yang telah lama bekerja...anda lagi lah wajib membayar zakat pendapatan. Gaji akan lebih berkat...InsyaAllah.....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...