PingJe

Thursday, May 31, 2012

Rezeki....

Rasa macam tak percaya apabila boleh bekerja di bawah satu bumbung dengan Suami....
Walaupun dia bekerja di kafeteria sahaja, tapi saya rasa sangat gembira sebab boleh tengok muka dia hari-hari...haahahhahahaah.... angau jap.

Bukan apa... dia punyalah segan nak kerja kat kafeteria, takut saya yang dapat malu. Senang je jawapan saya "Asalkan gaji tu halal..."



Dek kerana sunyi berada di KL seorang diri, suami tekad berhenti kerja. Dia risau akan keselamatan kami anak-beranak. Di Jengka ni memang payah untuk mencari kerja berdasarkan pengalaman dia sebagai Projector Technician - berkaitan wayang gambar, jadi agak sukar untuk dia mencari kerja sesuai.

Alhamdulillah, berkat doa... dia terus dapat kerja di kafeteria tanpa membuang masa sehari pun di sini.
Kami sekarang ni cuba untuk buat bisness kecil-kecilan... mujurlah ada sikit bakat dalam bakar membakar kek dan biskut...

Rezeki tu ada di mana-mana, asalkan kita tidak memilih. Saya memang tidak pernah berasa malu dengan apa kerjaya dia... asalkan dia menjadi Daddy yang bekerja keras untuk masa depan anak-anak kami....

Thanks Daddy... for being there for us... Love you always... Will always support you...:)

2 comments:

ammar farhan said...

untuk suami awak dapat isteri mcm ni :)

sophietarmizi said...

Tq Ammar Farhan....

actually sy yg untung sebab dia buat semua utk sy....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...