PingJe

Saturday, May 19, 2012

Gores dan Menang...Cara Baru

Seorang teman memberitahu saya...


Ketika membeli belah di sebuah Pasaraya Besar di ibu negara, dia dihampiri oleh 2 orang lelaki yang berpakaian kemas sambil mengedarkan sekeping kad...
"Abang buka je kad ni. Ini bukan kad Gores dan Menang. Ini cuma Kad Promosi syarikat Elektrik baru yang akan dibuka di sini. Tak rugi pun..."

Teman saya agak tertarik lalu mengoyakkan hujung kad tersebut. "Tahniah bang...kad abang berwarna Kelabu dan harganya RM 300... abang nak voucher minyak atau voucher membeli belah?"



"Saya nak voucher minyak la..."


"Boleh tak abang hantar saya balik ke ofis...saya nak claim duit elaun kalau ada customer yang dapat cabutan macam abang ni..."

"Boleh...tapi saya nak cepat sebab nak Solat Maghrib ni." Teman saya melihat jam di tangan.

Sesampai saja di ofis... episod baru bermula.

"Abang kena bawa RM 7800.00 untuk cagaran sebab abang dah menang hadiah misteri...sebuah kereta Toyota Camry. Abang bawa saja wang tersebut dan kami tuliskan nombor siri setiap duit tersebut untuk ditunjukkan ke LHDN untuk proses potongan cukai syarikat. Kereta ni tak payah bayar pun...cuma bayar road tax atas jalan je... abang tak de duit? Hai... kereta besar pun tak ada duit? Isteri abang kan kerja? Mak abang kan ada...mintak saja lah...."

Muka teman saya dah berubah...nasib baik dia cerdik...

"Ish...berdosa ni tinggalkan Maghrib...saya balik solat dulu, nanti saya bincang dengan isteri saya."


"Datang tau bang....kita bincang balik..." Muka lelaki tersebut berubah.

Teman saya terus berjalan laju....mana tidaknya...ofis tu penuh dengan guard yang besar-besar badannya...
Mujurlah Allah tu ada... Alhamdulillah...teman saya masih mampu bercerita sambil berkaca-kaca matanya...

Berhati-hatilah anda di luar sana dengan geng-geng Gores dan Menang ni... tak tahulah taktik mana lagi yang mereka akan guna....

1 comment:

midonz said...

teknik alaf baru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...