PingJe

Saturday, March 24, 2012

Kurang diajarkah?????

Saya berkesempatan untuk membeli barang keperluan rumah di Kuala Lumpur setelah jemu membeli barang di Jengka yang agak mahal harganya...

Ketika berada di laluan bayaran, juruwang tersebut kehabisan tape "SOLD" di tempatnya. Juruwang lelaki ini bukan berbangsa Melayu dan bukan warganegara Malaysia. Dia segera memaklumkan Line Leader (perempuan; Melayu) yang ketika itu sedang asyik bersembang di telefon (waktu bertugas).

Lembut saja nada juruwang tersebut meminta tolong dari Line Leader supaya mengambilkan tape tersebut. Dengan "bengangnya" perempuan tu selamba saja menjawab "Aku sepak karang...", siap dengan kakinya diangkat sekali...

Saya yang berada di situ terpaku melihat tindak tanduk perempuan yang sepatutnya mencerminkan imej negara yang dikenali dengan imej kesopanan dan kesusilaan. Saya berasa kasihan melihat juruwang yang terkebil-kebil menunggu tape tersebut diserahkan kepadanya kerana dia tidak boleh meninggalkan kaunter walau apa yang berlaku sekali pun.

Itu baru bekerja sebagai Line Leader di pasaraya besar, belum lagi jadi Manager besar - mau besar kepala minah tu. Isyyyhhhhhh.....teruk betul kelakuan minah tu. Dah lah asyik bergayut waktu kerja, siap marah lagi ketika bantuannya diperlukan....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...