PingJe

Sunday, March 11, 2012

Motivasi Diri

Baru berkesempatan untuk berkongsi ilmu yang saya peroleh minggu lepas selepas mendengar ceramah motivasi yang ditujukan khas kepada pelajar Matrikulasi Teknikal Pahang. Dan pensyarah-pensyarah yang hadir turut mendapat ilmu yang bermanfaat daripada ceramah tersebut.


Beberapa perkara yang menarik:

1. Untuk berjaya... jangan sesekali tinggalkan SOLAT.



2. Untuk berjaya... jangan lupakan jasa IBU BAPA

3. Untuk berjaya... jangan sesekali menindas ORANG LAIN

4. Untuk berjaya... selalulah BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKAL

5. Untuk berjaya... selalulah menjadi pelajar yang sering BERTANYA kepada GURU

6. Untuk berjaya... jangan lupa untuk BERSEDEKAH dan membayar ZAKAT

7. Untuk berjaya... jangan buat IBU BAPA BERSEDIH kerana kita lupakan mereka.

8. Untuk berjaya... jangan meninggikan suara terhadap IBU BAPA / GURU

9. Untuk berjaya... jangan membuat IBU BAPA / GURU kecil hati terhadap kita.

10. Untuk berjaya... sentiasa MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF...

Alhamdulillah...sangat seronok mendengar ceramah yang diberikan YM Raja Shamri... kalau anda berminat, layarilah laman rasmi abang raja.


1 comment:

midonz said...

terharunya.. InsyaAllah, mudah2an kita dapat berkongsi ilmu ni bersama-sama sahabat yg lain...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...