PingJe

Saturday, March 24, 2012

Kurang diajarkah?????

Saya berkesempatan untuk membeli barang keperluan rumah di Kuala Lumpur setelah jemu membeli barang di Jengka yang agak mahal harganya...

Ketika berada di laluan bayaran, juruwang tersebut kehabisan tape "SOLD" di tempatnya. Juruwang lelaki ini bukan berbangsa Melayu dan bukan warganegara Malaysia. Dia segera memaklumkan Line Leader (perempuan; Melayu) yang ketika itu sedang asyik bersembang di telefon (waktu bertugas).

Lembut saja nada juruwang tersebut meminta tolong dari Line Leader supaya mengambilkan tape tersebut. Dengan "bengangnya" perempuan tu selamba saja menjawab "Aku sepak karang...", siap dengan kakinya diangkat sekali...

Saya yang berada di situ terpaku melihat tindak tanduk perempuan yang sepatutnya mencerminkan imej negara yang dikenali dengan imej kesopanan dan kesusilaan. Saya berasa kasihan melihat juruwang yang terkebil-kebil menunggu tape tersebut diserahkan kepadanya kerana dia tidak boleh meninggalkan kaunter walau apa yang berlaku sekali pun.

Itu baru bekerja sebagai Line Leader di pasaraya besar, belum lagi jadi Manager besar - mau besar kepala minah tu. Isyyyhhhhhh.....teruk betul kelakuan minah tu. Dah lah asyik bergayut waktu kerja, siap marah lagi ketika bantuannya diperlukan....




Friday, March 23, 2012

Syok Sendiri?

Hish hish hish.... ada juga yang syok sendiri kan...

Sama ada dalam kehidupan,
Di pejabat,
Di sekolah,
Di cafeteria,
Di kantin sekolah,
Di kelas,
Di rumah,
Di masjid,
Di surau,
Di dalam tandas,
Di dalam pejabat bos,
Di dalam pejabat sendiri,
Dan di mana-mana saja dia berada.

Kepada mereka yang suka SS ni... berpada-padalah kerana kehidupan ini berputar macam biasa. Kalau anda tak ada pun, tetap berputar. Jangan ingat dunia ini hanya berputar sekeliling anda sahaja. Ingatlah... kata-kata yang anda lemparkan kepada orang lain walaupun hanya terkesan di hati, lukanya tetap dalam. Jangan marah kalau satu hari nanti orang sudah lupakan anda....

Hmmmm.......

Friday, March 16, 2012

Kali Pertama ... ep. 2

15 Mac 2012... 5.30 petang...



Kereta saya ditahan oleh sekumpulan pelajar. Hairan juga dibuatnya. Puas saya bertanya mengapa kereta saya ditahan.



Rupa-rupanya ada KEJUTAN ISTIMEWA daripada 95 orang pelajar saya...

Thursday, March 15, 2012

Solat Istikharah

Assalamualaikum...

Kepada mereka yang berada dalam dilema
Tidak tahu untuk membuat keputusan
Tidak yakin dengan keputusan yang telah dibuat
Ragu-ragu untuk membuat sesuatu...

Dalam kehidupan
Dalam pelajaran
Dalam pekerjaan
Dalam segala hal...

InsyaAllah...

Solat lah walaupun sejenak...Solat Istikharah...

Silalah KLIK DISINI.

Terima kasih...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...
Masih bernafas lagi,
Di samping suami, anak-anak dan keluarga.

Alhamdulillah,
Dimurahkan rezeki,
Walaupun jauh di perantauan
Walaupun terpaksa berpisah sementara.

Alhamdulillah,
Terima kasih atas doa sahabat handai,
sanak saudara dan anak-anak didik tersayang.

Alhamdulillah,
Rasa sangat bersyukur dilahirkan di bumi bertuah
Malaysia.

Alhamdulillah...syukur nikmat yang tak terhingga
Masih lagi mampu bekerja dan berfikir,
Masih lagi mampu menyayangi,
Masih lagi mampu mendidik anak bangsa.

Alhamdulillah...

Sunday, March 11, 2012

Motivasi Diri

Baru berkesempatan untuk berkongsi ilmu yang saya peroleh minggu lepas selepas mendengar ceramah motivasi yang ditujukan khas kepada pelajar Matrikulasi Teknikal Pahang. Dan pensyarah-pensyarah yang hadir turut mendapat ilmu yang bermanfaat daripada ceramah tersebut.


Beberapa perkara yang menarik:

1. Untuk berjaya... jangan sesekali tinggalkan SOLAT.

Thursday, March 8, 2012

HAPPPPPYYYYY......

Feeling good today...
Good news for me....


I am teaching five classes and all classes have good results for the "Ujian Pertengahan Semester" or mid semester test...

The best part is... the first, second and third rank are my classes for English subject...woooohoooo....

Thank you dear students for you guys have done the best...Alhamdulillah...

Sunday, March 4, 2012

Jengka Oh Jengka Ep 6

Aduyaiiiii.....Kopak bulan ni...Nak masuk rumah baru, serba serbi baru. Rasa macam nak beli semua yang ada kat kedai, tapi masalah kewangan yang sangat terhad.

Itu ini...dah habis banyak duit....huhuhuhu

Tapi apa-apa pun, rasa sangat lega pasal akhirnya sudah ada rumah sendiri di rantau orang ni. Harap-harap kehidupan kami dipermudahkan Allah S.W.T... kerana hidup berjauhan dengan suami memang amat mencabar minda dan perasaan...huhuhu

InsyaAllah...

Teman-teman... jemputlah bertandang ke rumah baru saya di Jengka ini...:)

Friday, March 2, 2012

A note from someone...

Working hard seems a hard work for some people...including me. Life as a teacher sounds easy to certain people, but please try to walk in our shoes first before commenting our job as educators / teachers.


I hate to read many negative comments about teachers that have been voiced out by some 'educated' and 'uneducated' people who are busy running around and saying that teachers have plenty of time loafing around doing easy job in schools.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...